Ahad, 28 Disember 2014

SAYA LAHIR DI PEDALAMAN W2020?

Hellooo...


Apa khabar sahabat?

Lebih kurang tiga hari lagi kita akan beralih tahun 2015, maka dengan itu lima tahun lagi kita akan menempuhi Wawasan 2020.

Adakah anda susah bersedia? atau tidak faham apakah itu Wawasan 2020. Sebenarnya saya pun tak faham apakah itu Wawasan 2020. Katanya Wawasan 2020 yang saya sebut sebagai W2020 adalah negara maju. Bukan sahaja negara yang maju,  semua manusia yang ada di Malaysia maju dari segi moral, pendidikan, pendapatan, peluang pekerjaan, dan sebagainya.

Saya tidak melihat pun manusia-manusia yang ada di Malaysia ni maju secara amnya, ada yang kaya terus maju, yang miskin kadang maju kadang jatuh... apakah ini W2020?

Kadang-kadang saya terfikir, apakah pihak kerajaan tidak mempertimbangkan kepada mahasiswa yang berasal dari pedalaman untuk mengisi jawatan dalam mana-mana agensi, jabatan kerajaan, GLC dan sebagainya. Kenapa tidak diberikan kouta kepada mahasiswa ini, sedangkan mereka hanya sebahagian kecil sahaja. 

Saya juga percaya bahawa ibu bapa mereka sangat mengharapkan apabila tamat belajar, mereka dapat membantu meringankan bebanan tanggungan mereka. Kelak, apabila mereka mempunyai kehidupan yang stabil, secara tidak langsung dapat menyumbang pembangunan ekonomi masyarakat pedalaman. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan