Jumaat, 19 April 2013

Parlimen Pensiangan Di Kategorikan Sebagai Panas

Demokrasi adalah kaedah yang paing sesuai digunakan untuk memilih pemimpin melalui suara rakyat. Kemenangan mejoriti akan membentuk kerajaan. Dalam konteks kerajaan Malaysia, pemilihan pemimpin secara demokrasi ini berlangsung setiap lima tahun. 

Pembangunan Dun Sook

Rakyat perlu bijak untuk memilih pemimpin untuk kelangsungan pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat. Pemimpin yang berada di puncak pun bijak untuk membuat percaturan dalam pembahagian kurusi. Latar belakang pemimpin perlu dititikberatkan sebagai pemilihan calon. dan yang paling penting adalah penerimaan rakyat terhadap seseorang calon. 

Penerimaan adalah akar kata daripada terima iaitu mendapat atau memperolehi oleh rakyat. Tidak cukup dengan itu, rakyat bukan sahaja menerima kehadiran individu sebagai calon untuk mempimpin, tetapi sokongan mereka merupakan asas dalam menempuhi kejayaan calon. 

Pembangunan Dun Nabawan

Penulis melihat politik dari sudut yang positif, tetapi sekiranya dicalarkan dengan sesetengah pemimpin yang berada di puncak yang tidak bersasiah, maka calarlah juga kaki puncak yang bernaung dengan kepala tersebut. "Sebab nila setitik rosak susu sebelanga"  itulah yang boleh diumpamakan dengan situasi ini.

Penulis tertarik dengan suasana politik di Sabah, walaupun insan ini berada nun jauh di perantauan. Seperti yang disiarkan oleh Berita Harian pada 17 April 2013 yang menyatakan bahawa 21 lokasi panas yang dikenal pasti sempena Pilihan Raya Umum 13 ini. Lokasi panas bukan melibatkan jenayah, tetapi persaingan sengit antara calon yang bertanding. Antara lokasi tersebut Pensiangan, Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Beaufort, Penampang, Tuaran, dan beberapa tempat lagi. 

Salah satu tempat tersebut ialah Pensiangan (P182) yang merangkumi Dun Sook dan Dun Nabawan. Penulis agak tertarik dengan perkembangan politik di kwasan ini. Kesedaran penduduk yang kian meluap-luap menceburkan diri  dalam pengetahuan proses pemilihan pemimpin nomber satu negara. Rangkaian media massa yang tidak ada batasnya telah menyusup bukan sahaja di bandar tetapi di luar bandar turut mendapat tempiasnya. Salah satu saluran yang paling berpengaruh adalah facebook. 

Calon Dun Sook

Penubuhan Group MARPEN melalui saluran media massa facebook sebagai platform perhubungan kawasan Parlimen Pensiangan. Rakyat boleh menyuarakan pandangan, pendapat, pemahaman politik mereka untuk perkongsian bersama. 

Bagaimana pula dengan kawasan yang tidak dijangkakan panas? Kepimpinan  tertinggi seharusnya bertitik tolak dengan penerimaan masyarakat untuk menempatkan calon yang sesuai. Namun sebaliknya apa yang berlaku di Parlimen Tenom. Pencalonan terhadap  Jamawi Jafar telah dibatalkan dan di naikkan semula penyandang lama Parlimen Tenom, iaitu  Ramie Unggi yang ditentang hebat masyarakat Tenom. 

Khabar angin mengatakan bahawa pencalonan  Ramie Unggi adalah calon yang tidak mendapat sokongan masyarakat Tenom. kepimpinan tertinggi sepatutnya menilai keadaan ini. Sekiranya parti yang diutamakan pemimpin sedemikian perlu berundur secara rela diri dan memberi peluang kepada muka baru.