Jumaat, 21 Jun 2013

Wad Surgari Tingkat 7 bilik 710 PPUM: Perkara Luar Jangka

Pada 18.06.2013 saya menghantar adik saya di hospital Pusat Perubatan Universiti Malaya kerana terkena jangkitan bisul. Seperti yang diketehui bisul adalah kumpulan nanah akibat daripada jangkitan bakteria atau parasit. Saya berharap agar adik saya tidak kana tahan di hospital. Tetapi sebaliknya berlaku. Berserah, yang penting bagi saya penyakit dialami sembuh.  Pada pagi tu juga dia di hantar di Wad kecemasan untuk proses seterusnya. Oleh sebab bisul tersebut betul di bahagian perut adik, Doktor yang merawat  menasihatkan agar bisul tersebut perlu di bedah kerana dikhuatiri berlaku jangkitan bahagian dalaman perut.


Selepas rawatan doktor di wad kecemasan, adik dipindahkan di wad surgeri sementara menunggu pembedahan. Kebetulan wad tersebut terdapat pesakit lain yang berbangsa India kacukan US, orang Malaysia. Saya pun tak berapa pasti sebab saya hanya mengambil kira 15 minit untuk melawat adik dan sempat bercerita dengan penjaga pesakit itu, memandangkan saya perlu balik di UM untuk persediaan exam dan urusan praktikal. Sikit tertekan pada masa itu, baik ada kereta untuk ulang-alik, yang membimbangkan hanya parking, kena pusing tiga kali di hospital tu baru jumpa parking.


19. 06. 2013, saya berharap agar pembedahan tu dapat dilakukan. Tapi saya tak tau apa masalah yang berlaku, pembedahan ditangguhkan. Risau juga, bil semakin meningkat bukan murah bayaran dia. Biasalah hospital ni bukan 100% kerajaan, tapi semi kerajaan. Tetapi saya tak risau sangat, sebab mungkin saya boleh minta diskaun sebab saya pelajar UM juga. Bil hari pertama tu murah je RM 250.00. Terkejut bukan! Saya mula risau biar diskaun pun, bagi saya mahal juga sebab pembedahan dilakukan esoknya. Lain pula bil esok. Tapi, sangat berpuas hati dengan service dia. Selesa sangat. Jauh beza daripada hospital yang saya pernah pergi. Dalam bilik wad hanya dua orang je satu bilik.


Berita gembira bagi saya, doktor yang merawat adik saya menyatakan bahawa pembedahan berlaku pada pukul 6.30 petang. Sekali lagi saya datang pada pukul 6. 00 petang. Seperti biasa saya pusing-pusing mau dua tiga kali di hospital cari parking tak dapat juga. Masa menunjukkan pukul 6.30 petang  akibat cari parking je...  Sekali lagi saya pusing, akhirnya ada kereta baru mahu keluar, dan saya menggantikan parking di tempat tersebut. Nasib baiklah saya pelajar UM jadi bayaran untuk parking tidaklah mahal sangat, RM 1 je. Setibanya di wad, adik saya sudah di bawah tempat pembedahan. Saya menunggu di wad, sambil bercerita dengan wanita yang menjaga pesakit sebelah katil adik. Ingatkan wanita itu biasa-biasa je… rupa-rupanya beliau adalah Profesor mengajar di US melawat abangnya yang sedang sakit. 


Doktor mengambil masa 15 minit untuk pembedahan. Adik saya dihantar balik di Wad tempat biasa pukul 6.45. memandangkan keadaan adik masih dalam rawatan doktor, hanya esok petang baru dibenarkan keluar. Sekali  tekanan buat saya kerana bil meningkat dalam jangkauan melebihi RM500.00. Pada keesokannya saya exam, saya sangat tertekan dengan keadaan ini. Mahu sahaja saya menangguhkan exam tersebut kalau boleh. Memandangkan saya adalah pelajar tahap akhir mahu tak mahu exam perlu diambil juga. Saya cuba berfikiran positif dan tabah menghadapi kerana saya sudah biasa menghadapi masalah yang lebih getir. Prinsip saya “setiap masalah mesti ada penyelesaian”. Selepas melawat, sekali lagi saya tinggalkan adik saya bersendirian di bilik wad. Wanita yang menjaga abangnya di katil sebelah yang selalu menolong adik ketika ketiadaan saya. Masa terluang ini saya gunakan untuk belajar sehingga lebih kurang pukul 3 pagi.


20. 06. 2013, Saya hanya mengambil masa kira 3 jam untuk tidur. Tepat pukul 6.00 pagi saya buat persiapan akhir dengan membaca nota ringkas sebelum masuk exam pada pukul  8.30 pagi. Syukur exam tersebut tidaklah susah sangat, saya dapat menjawab dengan baik. Selepas exam kira-kira pukul 11.00 pagi saya bergegas ke pejabat Jabatan Bahasa untuk mengambil surat praktikal dan berjaya mendaftar masuk  dalam sistem pendaftaran pelajar. Pada pukul 1.00 petang saya terus ke Hospital untuk urusan pengeluaran adik. Setibanya di Hospital tu, nurse cakap “Encik datang petang”. Sedangkan hari  sudah pentang, Saya jawab “petang pukul berapa?” , nurse, “saya tak pasti, apa-apa saya maklumkan kemudian”. Hampa berbaur kecewa, tanpa mempedulikan lapar dan penat saya menunggu dengan setia. Akhirnya pukul  4 petang, adik dibenarkan keluar. Saya terus ke kaunter wad surgeri untuk urusan tersebut.


Saya disuruh mengambil ubat di tingkat 1. Lama sangat! Ambil ubat sahaja mahu 1 jam lebih. Seterusnya saya di suruh membayar bil pula di tingkat 2. Dengan keyakinan saya pergi ke kaunter pembayaran. Bil dinyatakan sebanyak RM605. Terkejut bil bayaran sebanyak itu. Adik ada menelefon bapa minta krim duit, tapi kirim RM 300 je. Bapa telefon RM 300 je dikirim, banyak yang bermain di fikiran saya masa tu. Tanpa bercakap panjang saya cakap “ok” baki yang lain biar saya bayar. Saya bukannya banyak duit kerana saya masih belajar, tapi saya masih mampu bayar bilangan sebanyak tu. Saya tidak kisah sebanyak mana bilangan yang saya perlu bayar, yang penting adik sihat. Saya cakap dengan adik “bil banyak tak apa yang penting kau sembuh” untuk memberi semangat.


Di kaunter saya bertanya pada kerani tu… “boleh gunakan debit kad tak?” kerani “encik kami tidak menerima debit kad CIMB, Kalau encik ada MyBank boleh”. Lepas tu saya “cakap surat yang saya dapat ni boleh guna CIMB” , “tak apa la kalau macam tu, saya bayar RM300.00 dulu, esok saya bayar lebihannya” sebab duit tunai saya Cuma RM 300.00. lepas bayar RM 300.00 tu, tiba-tiba wanita yang menjaga abangnya di wad yang sama dengan adik datang, menghulurkan kredit kadnya kepada kerani kaunter. Wanita itu bercakap “saya bayar untuk awak” saya, “ tak apa la, saya ada duit tapi masih di bank” wanita “tak apa-apa”. Saya menyatakan bahawa saya rasa bersalah menerima wang sebanyak itu sambil berterima kasih kepada wanita itu. 


Setelah selesai pembayaran di kaunter saya bersama-sama dengan wanita itu kembali ke wad untuk membuat persiapan membawa ahli keluarga masing-masing balik ke rumah. Saya sempat bercerita dengan wanita dan ahli keluarganya. Beliau menyatakan bahawa beliau sudah lama tinggal di US, dan semua ahli keluarganya berada di serata nagara. Seorang abangnya yang ada berasa kami bekerja sebagai General Field Engineer  di Indonesia sangat lancar berbahasa Indonesia. Ketika di wad saya menyuruh adik menukar pakaian baju hospital tu. Sementara menunggu, wanita itu menyatakan bahawa mereka ada memberi adik wang sebanyak RM 500.00. sekali lagi saya terkejut dengan kenyataan itu. Beberapa kali saya berfikir bahawa bukan senang orang yang baru dikenali memberikan wang sebanyak itu. saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada wanita itu. Kesempatan itu juga saya meminta akaun facebook beliau untuk menyatakan penghargaan dan terima kasih.


Kepada saudara-saudara, sahabat-sahabat, rakan-rakan, dan semua yang membaca pengalaman ini, jangan khuatir untuk mengeluarkan wang untuk membantu saudara-saudara anda khususnya ahli keluarga anda. Walaupun anda dalam keadaan kesempitan, hulurkan mengikut kemampuan. Nilai yang kecil anda laburkan untuk kesenangan orang lain, anda akan memiliki nilai yang besar kelak. Ini merupakan pelaburan yang paling baik dan anda tidak pernah rugi walaupun keadaan ekonomi dunia tidak menentu. Saya sudah mengalami pengalaman-pengalaman sebegini. Walaupun saya walaupun jarang sekali  menghulurkan bantuan dari segi kewangan, tetapi saya hulurkan tenaga untuk membantu orang lain. Saya dapat rasai pengalaman tinggal di perantauan (Kuala Lumpur) jauh lebih tinggi  taraf hidupnya berbanding dengan di kampung. Namun saya tidak pernah kekosongan kerana rezeki daripada Tuhan sentiasa mencurahkan kepada saya. Pesanan saya, simpan wang anda untuk pelaburan di hari akan datang. Kita tidak tahu kejadian yang menimpa kita kelak.         

2 ulasan:

  1. I google about servis di PPUM...n found ur blog....Thanks for sharing this story...

    BalasPadam