Jumaat, 21 Jun 2013

Motivasi Perjuangan Kehidupan Part I

Lukaman Augustine: Perjuangan Kehidupan

Sedikit-sedikit lama-lama akan jadi bukit. Bermula sekarang BERUSAHALAH


Hai adik-adik yang masih di alam persekolahan anda merupakan modal insan yang akan mencorakan diri, keluarga, dan masyarakat di seluruh negara suatu hari nanti. Saya tidak sepandai yang anda jangkakan, tetapi perkataan USAHA itu yang memberikan saya kelebihan dalam duia pendidikan. Saya juga seperti adik-adik, masih mencari ilmu kerana pensyarah saya pernah berkata "selagi tinggi tahap pendidikan anda, selagi banyak anda tidak tahu". Apakah perkara yang anda tidak tahu itu? perkara itulah sebenarnya ilmu. Itulah sebabnya manusia diciptakan oleh Tuhan memiliki sifat "inkuiri" iaitu sifat ingin tahu. Itulah ilmu sebenarnya.

Adik-adik, saya pernah berkata kepada adik-adik saya yang masih belajar, BERUSAHALAH sehingga berjaya. Jangan takut sekiranya anda dihantar di mana-mana tempat. Semasa saya di tingkatan enam dahulu, saya berangan-angan untuk melanjutkan pelajaran di luar negara, saya menanam tekad untuk ke negara Republik, Indonesia dalam bidang Antropogi kerana saya berminat dalam bidang Sejarah. Tetapi angan-angan saya terkubur kerana saya di tawarkan melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dalam bidang Bahasa Melayu. Semasa saya mendapat tawaran itu, seluruh ahli keluarga saya gembira menerima perkabaran ini. Mama saya pernah berkata, "jauh juga tempat kau belajar, kenapa bukan di Sabah sahaja". Saya menyatakan bahawa inilah perjuangan kehidupan, jangan risau saya akan balik dengan kejayaan.

Adik-adik, pada penghujung bulan  Jun 2013 ini saya menamatkan pengajian saya di Universiti Malaya. Biarpun nun jauh di perantauan saya gembira tinggal di sini. ketika kita berada di tempat orang, bukan sahaja  ILMU kita cari bahkan PENGALAMAN yang banyak diperolehi. Saya tidklah mempunyai pengalaman setinggi gunung Kinabau, tetapi cukup untuk bekalan perjuangan hidup saya. Adik-adiku, belajarlah bersungguh-sungguh untuk mengejar cita-cita impian anda. Setinggi mana pun impian adik-adik, kalau ada USAHA pasti akan berjaya. Kalau tidak berjaya hari ini, jangan risau adik-adik akan berjaya di masa yang ditentukan oleh-Nya. Adik-adik tidak akan menyesal sekiranya adik sudah berusaha tetapi menemui kegagalan, tetapi adik-adik akan menyesal sekiranya adik-adik gagal kerana tidak berusaha bersungguu-sungguh.

Adik-adik, saya pernah ditanya oleh seorang kawan "saya tidak sepandai kamu" "kamu adalah orang pandai-pandai". Saya berkata kepadanya "semua manusia adalah sama yang membezakan adalah usaha". Saya juga tidak nafikan bahawa kekuatan akal, fikiran atau IQ berbeza antara individu dengan individu yang lain. Bahkan jenis dan gaya berfikir antara individu juga berbeza. Kalau ikutkan faktor kekuatan IQ, saya dalam kolompok yang "low klass" orang cakap. Saya tidak menganggap saya pandai dan bijak tetapi saya mempunyai mempunyai motivasi, ada kemahuan dan cita-cita dan didorong dengan USAHA. Inilah santapan saya sepanjang kehidupan saya.

Adik-adik, saya akan bercerita gaya pembelajaran yang sesuai untuk anda menurut pengalaman saya. Terlebih dahulu adik-adik perlu mengenal pasti cara belajar masa lalu dan cara yang bagaimana berkesan kepada adik-adik.
1. Mungkin adik-adik memerlukan masa yang lama memahami konsep atau perkara yang dipelajari
2. Adakah adik-adik memerlukan teknik anologi untuk membantu pemahaman
3. Ada juga yang memerlukan nota-nota ringkas untuk membantu proses mengingat
4. atau adik-adik memerlukan peta minda.

Setelah mengenal pasti cara pembelajaran adik-adik, perlulah adik dijadikan amalan setiap kali adik-adik belajar. Lama kelamaan adik-adik akan serasi dan menjadi satu kebiasaan. Saya berikan satu contoh analogi, suatu adik-adik masih kecil, adik-adik pernah makan menggunakan sudu atau tangan? selalu kan? sewaktu pertama kali menyuapkan ke mulut adakah makanan itu betul-betul sampai ke mulut atau terkena di hidung, pipi, lebih-lebih lagi di mata, kepala dan tempat-tempat yang berhampiran dengan mulut. Percayalah bahawa amalan yang dilakukan secara berterusan akan menjadi kebiasaan kita seperti analogi ini, walau sekalipun adik-adik tutup mata ketika menyuapkan makanan di mulut, pasti makanan akan sampai dimulut juga kerana apa? kerana amalan kebiasaan yang dilakukan sejak adik-adik kecil bermula dengan makanan tidak sampai ke mulut akhirnya berjaya sampai ke mulut walaupun dalam keadaan mata tertutup. begitu juga halnya dengan belajar. Sekiranya menjadi amalan kita akan menjadi kebiasaan.

Sekian dulu daripada saya, adik-adik perlu menanamkan benih-benih USAHA bermula pada hari ini. Pepatah mengatakan bahawa "sedikit-sedikit akan menjadi bukit". Sekiranya adik-adik memerlukan bantuan, saya boleh dihubungi melalui email lukaman@augustineyahoo.com.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan