Selasa, 6 Ogos 2013

Isu Semasa Yang Perlu Diketahui

Projek Projek Utama Yang Terhasil Daripada Agenda Negara Ke arah Wawasan 2020

Pembangunan era Tun Dr. Mahathir.

1. Jambatan Pulau Pinang- Jambatan yang terpanjang di asia Tenggara dan ketiga terpanjang di dunia (15.5 km)

2. Koridor Raya Multimedia (MSC)-Meliputi kawasan seluas 15kmx40km

3. Projek Kereta Nasional Pertama, Proton Saga- Dilancarkan pada tahun 1985 oleh Tun Dr. Mahathir

4. Motosikal Nasional Pertama, Modenas Kriss 110- Pada tahu 1996

5. Menara Kuala Lumpur- Setinggi 421 m di Bukit Nenas, merupakan menara tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara dan ketiga tertinggi di dunia.

6. Menara Berkembar Petronas- Merupakan menara berkembar di dunia pada 1996, ketinggian 415.9 meter (88 tingkat)

7. Pelancaran Satelit Pertama Malaysia, Measat 1-Berharga 600juta bertahan sehingga 12 tahu.

8. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)- Sebuah lapangan terbang tercanggih di Asia yang mempunyai menara kawalan tertinggi di dunia.

9. Litar antarabangsa Sepang- Malaysia menganjurkan acara sukan paling berprestij iaitu lumba motor, Kejohanan Dunia Formula One (F1)

10. Sistem Transit Aliran Ringan (LRT)-Pengangkutan bergerabak dalam bandar.

11. Cyberjaya-Pusat multimedia terkemuka di dunia, canggih dalam infrastruktur bersepadu, dan sistem pengangkutan yang cekap.

12. Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan-Putrajaya, Bandaraya pintar dalam taman, bersempena dengan nama Perdana menteri Malaysia Pertama, Tunku abdul Rahman Putra.

13. Kempen Bersih, Cekap dan Amanah-Menjadi amalan kepada semua di negara ini, bersikap positif serta bermoral tinggi dalam pengurusan pekerjaan, pentadbiran dan rakyat.

14. Slogan Malaysia Boleh!- Kata keramat Tun Dr. Mahathir, berpegang dengan slogan ini, beberapa rekod dunia telah dicipta oleh negara kita.

15. Sukan Komanwel (SUKOM)- Menganjurkan sukan komenwel 1998 dan acara dwitahunan Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA).

Kesemua projek yang dibangunkan ini adalah asas memacu Dasar Wawasan 2020. Dengan kombinasi kerjasama antara kerajaan dan rakyat, mudah-mudahan Dasar Wawasan 2020 akan tercapai. Walaupun tidak secara 100%, tetapi sekurang-kurangnya terdapat usaha yang berterusan untuk mencapai negara yang berpendapatan tinggi.



Selamat Daripada Mangsa Abu Sayyaf

Seorang ahli perniagaan kelapa sawit terselamat daripada tebusan kumpulan Militan Abu Sayyaf selama lebih kurang sembilan bulan dalam tebusan. Mangsa Wei Jie, 25 melarikan diri daripada tebusan apabila menyedari ikatan pada kaki dan tangannya longar. 

Mangsa adalah seorang penolong pengurus ladang kelapa sawit di Laha Datu bersama-sama pengurus ladang ditahan oleh lima militan tersebut berpakaian ala-ala tentera pada 13 November 2012. 

Di fahamkan bahawa Militan Abu Sayyaf terkenal dengan kekejaman memanggal kepala tebusan, penculikan, pengeboman, dan paras ugut. 

Saudara-sudaraku berhati-hati dengan Militan ini.

Gambar bertarikh 7 Mac lalu menunjukkan Chong Wei Jie (kiri) dan sepupunya, Chong Wei Fei ketika dalam tahanan militan Abu Sayyaf di selatan Filipina

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130807/lu_01/Lolos-daripada-Abu-Sayyaf#ixzz2bFB3mOoL
© Utusan Melayu (M) Bhd