Isnin, 12 Ogos 2013

Calon Simpanan Penolong Pegawai Tadbir

Sebelum ini saya ada menulis berkaitan Keputusan Temuduga Penolong Pegawai Tadbir( Kilik ) saya dikategorikan sebagai Calon Simpanan. Seperti yang saya nyatakan bahawa calon simpanan adalah mereka yang berjaya dalam temuduga tersebut tetapi pihak SPA memilih mereka yang paling terbaik untuk menjawat jawatan tersebut. Calon Simpanan pula adalah calon yang menunggu kekosongan.

Seperti yang diketahui bahawa Calon Simpanan sebenarnya sudah mempunyai harapan 98% diserap dalam jawatan ini tetapi memerlukan kesabaran dan masa untuk menunggu. Berdasarkan Transformasi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia yang bertarikh 28 Mac 2013, Pindaan Tempoh Sah Laku Calon Simpanan bukan lagi setahun TETAPI sehingga Calon DILANTIK TETAP.

Kemas Kini 28 Mac 2013.
Status Pelaksanaan Transformasi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

Ini yang saya maksudkan sebagai berjaya dalam temuduga tersebut. Jadi, calon simpanan tidak perlu risau kerana kita akan dipanggil dari semasa-ke semasa.

Terima kasih kepada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan yang sewaktu dengannya yang membawa transformasi ini di bawah Transformasi Kerajaan.

Keputusan Calon Simpanan 




8 ulasan:

  1. 98% adalah harapan untuk masuk jawatan PPT 2. 2% lagi saya peruntukan untuk pilihan. Semua manusia mempunyai pilihan, Sekiranya dalam masa yang sama saya mendapat peluang lain yang lebih menjamin masa depan, maka saya akan memilih yang terbaik. Tetapi dalam masa ini, Jawatan ini merupakan pilihan utama saya. maka saya letakkan 98% harapan saya. Tambahan pula, calon simpanan tidak lagi mempunyai tamat tempoh, maka saya yakin pada tahap 98% peratus sahaja, selebihnya saya serahkan kepada takdir yang mementukan. Saya tak akan mengharapkan 100% kerana saya tau, masa depan saya tidak sesiapa pun yang tahu, melainkan Tuhan.

    BalasPadam
  2. Skrg dh xpakai dh transformasi tu

    BalasPadam
  3. sila check status hri ni..da bertukar..semua clon simpanan hrp bersabar jela..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks... saya da cek masih calon simpanan lantikan

      Padam
    2. maaf bertanya..sekarang dh dpt lantikan tetap ke untuk jawatan tu?

      Padam
    3. maaf bertanya..sekarang dh dpt lantikan tetap ke untuk jawatan tu?

      Padam