Kg. Kilo: "Tagal"
Kg.
Kilo:
Sebut sahaja “Tagal” pasti dalam benak fikiran masyarakat ini ialah “ikan” dan “sungai”.
Apabila tiba musim menuai pasti ramai penduduk yang melibatkan diri tidak kira
tua atau muda. Mereka tidak mahu ketinggalan untuk melihat kemeriahan menangkap
ikan. Ada yang “merambat”, “memanah”, “memukat” dan lain-lain asalkan cara yang
di gunakan itu dapat menangkap ikat dan tidak menyebabkan kepupusan populasi
ini.
Tagal Kg. Kilo. Antara penduduk yang hadir.
Apakah sebenarnya yang terlintas dalam fikiran
masyarakat ini tentang “Tagal”? Dahulu kala, penduduk bebas mencari rezeki di
sungai. Kadang-kadang ada penduduk yang senang dengan kehidupan dahulu kala
yang masih bebas untuk melakukan aktiviti di sungai seperti memancing, “meniud”,
“merambat” dan sebagainya.
Sebenarnya, “Tagal”
wujud dalam kata “aido mengawol” atau “tidak memancing”. Dalam Bahasa Dusun Lebu pula, “tagal” ialah
suatu prose “mengawal” atau “menjaga sesuatu”. Tetapi, perkataan “Tagal” sesuai
untuk dengan pengawalan perairan. Ini bermakna “Tagal” ialah satu proses untuk
menjaga ekosistem yang terdapat di sepanjang persekitaran sungai sesuatu
kawasan. Pasti ada yang terfikir, kenapa bukan benda lain yang disesuaikan
dengan “Tagal”?
Tagal Kg. Kilo. Ikan "lolopakon" (Bahasa Lebu)
“Tagal” sinonim dengan masyarakat tradisional yang
mengamalkan pemujaan “semangat”. “Tagal”
mempunyai “semangat” atau “makhluk” yang menjaga ekosistem di sungai berkenaan.
Dalam ahli masyarakat itu pasti ada yang pandai dengan mantera bacaan semasa
melakukan proses “penagalan”. Menurut orang tua-tua, proses “penagalan” Tidak
berkesan sekiranya individu yang diamanahkan untuk tidak berilmu atau “pegangan”.
Seperti juga dalam suatu majlis seperti
majlis-majlis lain, “penagalan” mempunyai dua proses iaitu “pembukaan tagal”
dan “penutupan tagal”. Dalam proses “pembukaan Tagal” adalah dilakukan sebelum
penuaian hasil ikan dalam sungai tersebut. Difahamkan, sekiranya proses ini
tidak dilakukan, maka akan berlakunya malapetaka semasa menuai dilakukan.
Proses “penutupan Tagal” pula dijalankan selepas selesai menuai ikan. Proses
ini perlu dijalankan agar “semangat” atau “makhluk ” menjaga sungai tersebut
daripada diganggu oleh manusia.
Tagal Kg. Kilo. Pengerusi Tagal, En. Wilis Sanadon
mengagihkan tuaian hasil mengikut senarai nama.
Kesimpulannya, menurut pemerhatian penulis yang
pernah terlibat serta dalam proses “penagalan”, “Tagal” bertujuan untuk
memelihara ekosistem sungai daripada gangguan manusia yang tamak. Sungai ini
bukan saja dapat dipelihara untuk generasi akan datang, malah hasil tuaian juga
dapat diberikan sama rata kepada penduduk. Malah ada kampung yang menjual ikan
daripada hasil tuaian tersebut. Penulis sendiri terlibat dengan penjualan hasil
tuaian ikan di Kg. Kilo. Kalau penulis tidak silap, keuntungan yang diperoleh
mencecah hampir Rm 2000. Duit ini pula digunakan untuk kemajuan “Tagal”
kampung, seperti membeli baja, alat penangkap ikan, pembiayaan majlis, dan
sebagainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan