Jumaat, 30 November 2012

Tadika Kemas Kg. Kilo Dijangkakan Tahun Depan (2013)


Tadika Kemas Kg. Kilo Dijangkakan Tahun Depan (2013)

Pada 26 November 2012 (Isnin), Datuk Erlon Angin telah melawat ke Kg. Kilo untuk  menyampaikan bantuan dawai berduri kepada penduduk kempung berkenaan. 


Dalam pada itu, beliu juga menyatakan bahawa  

bangunan untuk Tadika Kemas di Kg. Kilo telahpun mendapat kelulusan daripada kerajaan. Menurut Datuk Erlon Angin, dijangkakan bahawa bulan march tahun 2013 akan dilaksanakan projek ini. 
  Datuk Ellron Angin Menyampaikan dawai berduri kepada 
                                      En. Mohd Hilmi Abdullah, Pengerusi JKKK kg. Kilo. 

Pengumuman ini di sambut baik oleh penduduk di kampung berkenaan. Ini adalah hadiah yang paling berharga buat penduduk berkenaan kerana memberi manfaat yang besar kepada masyarakat. Manfaat ini bukan sahaja dapat dinikmati oleh penduduk setempat tetapi juga semua penduduk yang berhampiran dapat menghantar anak-anak mereka untuk belajar.

Pembinaan bangunan tadika yang diuar-uarkan oleh Datuk Erlon Angin merupakan satu kejayaan besar bagi masyarakat kampung Kilo ini. Seharusnya penghargaan yang tidak terhingga juga diucapkan kepada Pengerusi JKKK Kampung Kilo, iaitu En. Mohd Hilmi Abdullah kerana bekerja keras dalam menguruskan segala hal ehwal kebajikan kampung ini.


Selain daripada sumbangan besar tersebut, penduduk kampung Kilo juga telah menerima bantuan zink baru-baru ini. sumbangan ini di sampaikan oleh Tan Seri Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia bersempena dengan Majlis Hari Raya Bersama Pemimpin di Balai Raya Kampung Kilo. Menurut sumber, sumbangan zink tersebut adalah diagihkan kepada 37 buah rumah penduduk di Kampung Kilo ini. 


 Tan Seri Joseph Kurup merasmikan Majlis Hari Raya Pemimpin 
                                  Bersama Rakyat di Kg. Kilo.

Pengerusi JKKK Kampung Kilo mewakili masyarakat berkenaan mengucapkan setinggi terima kasih atas sumbangan ini. Menurut beliau, sumbangan dan budi baik kerajaan akan menjadi ingatan masyarakat di sini dan menyuarakan bahawa masyarakat di  sini akan menyokong kerajaan Barisan Nasional.


-Bernama Kilo-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan