Ahad, 11 Ogos 2013

Keputusan Penolong Pegawai Tadbir N27

Salam Sejahtera.

Hari ini saya nak kongsikan beberapa perkara berkaitan dengan temu duga Penolong Pegawai Tadbir N 27. Awal bulan Mei 2013 saya berjaya dipangil untuk temu duga. Di bawa ini ialah statastik yang jumlah kekosongan jawatan Penolong Pegawai Tadbir ini;

Bilangan Pemohon                            153 183 Orang
Bilangan Panggilan Temuduga        49 116 Orang
Bilangan Kekosongan Jawatan        67 Orang 
Bilangan Calon Simpanan                1000 Orang


Berdasarkan statastik ini sahaja kita boleh lihat persaingan yang hebat merebut hanya 67 jawatan kosong dan 1000 tempat untuk calon simpanan daripada 49 116 orang yang dipanggil temuduga. 

Saya adalah salah seorang yang berjaya menempatkan diri dalam golongan calon simpanan. 


Sebenarnya calon simpanan adalah mereka yang berjaya dalam temu duga tetapi pihak JPA memilih calon yang terbaik mengisi jawatan kosong tersebut. 1000 orang lagi adalah calon-calon yang menunggu kekosongan selama setahun (berdasarkan dalam surat SPA). Saya yakin pihak kerajaan akan memilih kita untuk menjawat jawatan ini.




Saya kongsikan beberapa tips semasa temu duga semasa saya temu duga jawatan ini tempoh hari;

Pertama saya menyelidik tentang latarbelakang jawatan ini kemudian cari maklumat berkaitan di internet. 

Kedua saya bertanya pula dengan rakan-rakan yang pernah dipangil temu duga, walaupun saya pernah dipanggil temuduga sebelum ini, tetapi saya tetap bertanya sebagai ilmu tambahan.

Ketiga, saya melihat di youtube tentang tips-tips temuduga dan tulisan-tulisan pengalaman temuduga di blog. Sekurang-kurangnya saya dapat tahu serba sedikit tentang tips temuduga.

Keempat, mempersiapkan diri dengan pengetahuan semasa. Bagi saya tiada masalah isu semasa kerana setiap hari saya akan membaca surat khbar, paling tidak pun saya akan tengo berita pukul 8.00 pm  TV1/ TV3 setiap hari.

Kelima, seperti biasa resmue perlulah kemas dan teratur. Masukanlah perkara-perkara yang penting dan memberi kelebihan diri. Saya tidaklah mempunyai luas pengalaman dalam bidang pekerjaan sebenar, tetapi saya mempunyai banyak penglibatan sama ada peringkat IPTA atau Kebangsaan. Saya juga pernah menjadi pengarah projek mega, jadi berdasarkan pengalaman ini dapatlah menjelaskan serba sedikit soalan temu duga.

Keenam, bercakap jujur semasa ditemuduga, jangan diadakan benda yang tiada. Semasa temuduga saya sentiasa bercakap jujur dan bercakap berdasarkan kemampuan dan tahap pemikiran saya. 

Semasa temuduga, berpakaian kemas dan awal sampai ke pusat temuduga. Sehari sebelum temu duga saya sudah mencari pusat temu duga yang ditetapkan oleh SPA. Semasa temuduga tiada masalah untuk saya datang sebab dah tau jalan. Masa temuduga saya 1200 tengah hari, oleh kerana semangat yang berkobar-kobar dengan kesungguhan saya datang seawal 8. 30 am. 

Kalau tak silap saya hampir pukul 1.00 pm baru saya ditemuduga. Walaupun lama ditemuduga, saya rasa tak bosan pun sebab saya dapat melihat keadaan temu duga, buat persiapan akhir temuduga seperti ingat ahli kabinet baru memandangkan baru je keluar nama-nama kabinet pada masa itu. Sebab itu, semasa temu duga disarankan datang awal supaya labih berkeyakinan. 

Pakaian semasa temuduga





3 ulasan:

  1. kalau calon yg berjaya tu just tunggu surat je la kan???

    BalasPadam
  2. ya... kana tunggu surat tawaran dpa SPA. Awak dapat eeh? Tahniah!

    BalasPadam