Rabu, 14 Januari 2015

Politik Orang Kampung

Ikhlas...


Ikhlas bagi saya perasaan yang lahir dari hati. Bukan di paksa untuk melakukan sesuatu. Apabila kita ikhlas, kita tidak mengharapkan balasan terhadap sesuatu.

Setiap kali kali keluar dari rumah, saya melihat alam sekeliling yang sentiasa ikhlas, tapi ada sesetengah orang yang masih mementingkan diri sendiri. Ada yang talam dua muka, di depan manis di belakang pahit. Inilah kehidupan, kadang-kadang manis kadang-kadang pahit.

Saya suka apabila bercerita tentang politik kampung-kampung. Saya tidak suka sangat perihal politik ini, tapi saya suka apabila politik dikaitkan dengan masyarakat di pedalaman terutamanya parlimen tempat saya. Kalau tak silap Parlimen P.182 Pensiangan.

Kenapa apa-apa bantuan yang disalurkan masti ada orang tertentu yang hadir untuk sampaikan kepada masyarakat. Mungkin simbolik bahawa orang tu... yang bertanggungjawab terhadap peruntutukan tu. Atau orang tu... ikhlas. Atau untuk orang kenal bahawa dia yang orang baik-baik. Bila orang kenal maka senanglah naik. Ini saya boleh katakan siapa kaya dia akan naik dulu dalam politik.


Dulu bapa saya pernah bergiat aktif dalam politik kampung ini, jadi saya sempat lah perhatikan senario politik ini. Kalau ada Datuk datang semua orang akan menyambut. Apakah motif, sepatutnya Datuk tu yang menyambut kita dengan keperluan asas, ini tidak, kadang-kadang orang kampung yang keluarkan belanja sendiri. Lepas tu, saya keliru apabila saya terfikir siapa yang undi siapa. Orang kampung yang undi dia untuk kedudukan dia sekarang.


akhirnya saya fikir bahawa siapa yang jadi YB di tanah syurga ini, maka ia akan menjadi sistem hirarki keluarga. Kalau ayah dah ketua, makan anak akan menyusul. Wahai saudaraku, carilah calon anak jati di tempat itu sendiri, mudah untuk membangun.