Selasa, 18 Ogos 2015

Alam Pekerjaan Bersama Fedex

23 September 2013 merupakan hari keramat yang sentiasa saya ingati. Ketika itu seawal pukul 7am saya sudah bersiap untuk hari pertama di alam pekerjaan. Lalu saya menaiki kereta ke tempat kerja untuk melapor diri. Matlamat saya adalah satu, untuk menyerah keluarga. Hari yang sama saya dinasihatkan untuk terus bekerja. Segala perancangan dan tatacara kerja telah diberikan dengan teliti oleh pengurus saya. Sehingglah saya diberikan kursus-kursus tertentu agar saya lebih mahir dalam mengandalikan sesuatu kerja.

Setelah setahun berlalu, kerja-kerja yang diberikan oleh pengurusan semakin menambat di hati. tambahan pula kebanyakkan kerja menjadi lebih mudah kerana dapat mengaplikasikan kursus-kursus yang diikuti. Saya juga telah mengenali serba sedikit mengenai rakan-rakan sekerja dan begitu juga dengan rakan-rakan sudah mengenali perangai saya.

Saya cukup berbangga dengan pencapaian ini, walaupun pekerjaan ini cuma menggunakan SPM berbanding dengan kelayakkan saya sebagai ijazah. Namun apa yang saya banggakan dan cukup menghormati majikan saya ialah kebajikkan setiap pekerja di jaga. Bukan sahaja pekerja yang mendapat kebajikan malah akan-anak dan istri juga akan mendapat manfaatnya. Saya tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan. Saya hanya membayar RM 5 sahaja mendapatkan rawatan di klinik swasta.Ini dapat menjimatkan masa saya.

Memasuki tahun kedua saya telah menerima anugrah pekerja terbaik dua bulan berturut-turut iaitu Mac-April 2015 kerana komitmen dan penghargaan pelanggan terhadap perkhidmatan yang saya berikan. Dalam masa yang sama juga pengurus saya bersetuju memilih saya untuk beralih kepada satu tugasa lain iaitu Stesen Agent yang saya sebut sebagai SA/IOS. Maka peranan saya pula berlainan dengan kerja sebelum ini. buat masa ini, saya telah beberapa kali untuk berkrusus untuk memantapkan lagi peranan baru saya dalam syarikat. Sinior-senior saya juga banyak membantu saya. Pengurus atau saya panggil sebagai boss juga bertukar dan mempunyai perwatakan yang berbeza dengan bos sebelum ini. Namun, kedua-duanya adalah adalah pengurus yang paling baik dan saya boleh levalkan sebagai cemerlang dalam menjalankan tugas.

Apakah gaji saya setaraf dengan SPM?  Saya katakana tidak, saya boleh katakana gaji saya bukan gaji SPM. Majikan saya sangat menitikberatkan keperluan taraf hidup setiap pekerjaanya, setaraf dengan kerja yang dilakukan. Jika saya bekerja lebih masa (Overtime) gaji saya boleh menceceh Rm 3.5K bersih setelah ditolak dengan kwsp/soso. Saya juga pernah dapat gaji pada paras RM 1.8K, tetapi itu pada tiga bulan pertama saya bekerja dengan majikan. Gaji yang saya sebutkan ini tidak termasuk PPP atau saya lebih senang panggil sebagai duit penghargaan majikan kepada pekerja yang kmoited dalam tugas yang diberikan setahun dua kali. Majikan juga berikan bonus selama dua bulan gaji dan diberikan sekali gus setiap 15 desember setiap bulan.

Setelah genapnya dua tahun saya bersama FEDEX, Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada En. Maik Chin yang menerima saya bekerja di FEDEX, saya juga berterima ksih kepada EN. Devid Lew sebagai pengurus/manager baru saya kerana memberikan saya peluang dalam menjalankan tugasan/peranan baru dalam FEDEX. Saya juga percaya syarikat ini akan maju ke hadapan, melalui pemerhatian saya yang tidak seberapa ini, saya melihat bahawa FedEx adalah syarikat yang paling menitikberatkan kemahuan pelanggan, dan setiap pelanggan juga berasa gembira menggunakan perkhidmatan FedEx.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan