Ahad, 14 April 2013

Bakat Semulajadi


Salam sejahtera sahabat tersayang...

Pada hari ini saya mahu berkongsi satu perkara yang anda perlu tahu... Bakat yang dimiliki oleh seorang individu adalah anugrah daripada Tuhan. Namun sekiranya ada bakat tetapi tidak digilap atau dengan kata lain dimantapkan bagaimana untuk berkembang. Tetapi, ada bakat pun kalau tiada modal, tajaan atau bantuan yang berkaitan pun susah juga.

Di sini saya ingin berkongsi dengan individu yang berbakat dalam mencipta lagu dan menyanyi. Pernah kah anda mendengar Nimo Anjik. Beliau tidak lah terkenal sebagaimana  dengan artis yang ada di Malaysia. Tetapi terkenal tidak terkenal saya berbangga dengan beliau kerana mencipta lagu dalam bahasa Dusun Lebu. Mencipta lagu bukannya senang!

Cuba saudara fikirkan. Bijak tidak pencipta individu yang mencipta lagu. Sebenarnya pencipta lagu adalah orang yang bijak. Ini kerana, mereka telah menghasilkan sebuah kerya hidup mereka seperti pengalaman, pemerhatian dan sebagainya yang disampaikan secara kreatif. Kenapa saya sebutkan sebagai kreatif? Sebab mereka dapat memilih perkataan yang paling sesuai dan dan ringkas tetapi mesej yang disampaikan sangat berjaya dan menarik perhatian pendengar.

Ini merupakan lagu ciptaan beliau sendiri.  

 Semoga anda terhibur dengan lagu beliau.