Isnin, 23 November 2015

FEDEX FUTSAL TOURNAMENT

Salam Sejahtera kawan...

Hari ini rajin sikit nak update aktiviti hujung minggu lalu, maklumlah semangat lebih sikit masuk kerja pada hari isnin.

tahun lalu team kami berjaya johan dalam pertandingan ini, tahun ini johan juga, inilah yang mau cerita sikit ni, tapi sebelum itu, tengo dululah gambar kami.... kekekeke


Fedex Team 2015
Inilah wajah-wajah team kami yang berjaya dalam pertandingan futsal. walaupun tahun ini tidaklah sehebat tahun lepas team-team yang hantar wakil, tapi lebih seronok sebab tidaklah sampai sakit-sakit kaki mau main. main relex-relex saja. Yang penting dapatlah juga jadi wira satu kali menjaring gol penting separuh akhir. Satu gol membawa ke final.


Saya belanja lagi kamu gambar sempena pertandingan ini,

Penerimaan Hadiah

Inilah dia piala kemenangan tu. 
 
Menang atau kalah adat pertandingan kalau orang tua-tua cakap. Tapi misi kami adalah menang, maklumlah tuan rumah. tuan rumah mesti target menang.

Satu perkara yang penting dalam pertandingan ini ialah main secara berpasukan. Maksudnya semua orang mesti memainkan peranan penting untuk suatu misi. Pengurus pasukan juga memainkan peranan penting untuk mencapai misi ini. 

Selain itu, dapatlah juga pengalaman untuk menguruskan pertandingan ini. Sesuatu aktiviti itu bukan mudah dilaksanakan tanpa kerjasama dengan pemain dan pihak pengurusan. inilah kali ketiga saya terlibat dalam pengurusan. Terima kasih FEDEX.


Lukaman Augustine
Kg. Kilo