Jumaat, 8 Ogos 2014

Tips Beli Rumah Second

Hai... Lama tak update blog.

Pada kali ini saya ingin berkongsi sedikit berkaitan dengan tips pembelian rumah.

Bagi saya tips pertama ialah melelui pembacaan/ bertanya kepada kawanyang pernah membeli rumah.
Bacalah blog atau mana-mana bacaan yang bermanfaat berkaitan dengan tips pembelian rumah. buat perbandingan antara tips tersebut untuk mencari kesimpulan persoalan kita.

Bila ada pengetahuan tentang pembelian rumah barulah kita cari rumah untuk dibeli, carilah lah tuan rumah yang baik dan senang untuk dibawa berurusan. Apabila da ada rumah, pastikan rumah tersebut dalam keadaan baik seperti pendawaian elektrik, air, tandas, tiada rekahan, dan sebagainya.

ketiga, Sudah mencapai persetujuan dengan tuan rumah, barulah cari bank untuk membuat pinjaman. INGAT, jangan cari peguam dulu baru cari bank. Ini biasa berlaku! Apabila mencari bank, kenalah rajin untuk bertanya kepada pegawai bank tersebut untuk intrest/bunga. Ini penting, sebab, kebanyakkan bank mempunyai bunga yang berbeza. bila da dapat bank yang sesuai, barulah sediakan dokument ini;

1. Salinan IC
2. 3 bulan slip gaji
3. 3 bulan penyata bank ( tempat gaji masuk)
4. KWSP
5. Salinan Geran rumah yang mahu dibeli (minta daripada tuan rumah)
6. Salinan Sale & Purchase Agreement (Minta dari tuan rumah)
7. Resit Booking ( Minta daripada tuan rumah)

bersambung......