Runat soh pinosondingan mu
Rongau ku poh senggiak adi
Pinoyungan so bunga manggar
Selooi winoi kusoi adi
Linimbayan koh soh papauah
Komoyah nu agung anoh
Komoyah nu kulintanggon noh
Obotik penakayan mu adi
Pinakayan koh soh baju lebu
Opasau koh sioh kebiri’an
Inong-inong koh woinoi kayangan
Komoyah nu runsai noh
Poh ramai yak sekauh
Pinutaid Kauh longon
Meh milin-milin sekauh
Runat soh pinosondingan mu
Okon koh da’a minontok aku
Cukup o sakit nu inawo ku
Kinoompusan nu janji palsu mu
Gaih’ah nu meganak mu
Aido paduli-paduli saku
Ucapan ku sekau adi
Selamat pengantin baru
Semoga bahagia
Hingga ke anak cucu.
Pernahkah saudara mendengar lagu
ini? kalau pernah, siapa? Biasanya kita akan meminati lagu berdasarkan rentak
muzik. Tapi adakah kita sedar setiap seni kata lagu itu mempunyai keunikannya. Penulis
teringat lagu-lagu Saudara Matius Angot, ketika itu penulis masih mentah. Penulis
hanya meminati mendengar irama lagu beliau, tetapi tidak pula ambil kesah
dengan lirik lagu itu. Sebenarnya lirik lagu-lagu beliau merupakan
tanggapan-tanggapan melalui kebudayaan Lebu.
Kepelbagaian Baju Lebu: By A'man Photography
“inong aku ah lelaing, pinonsuaan mu tukad”
“inong aku ah lelaing, pinonsuaan mu tukad”
Penulis masih ingat-ingat lupa lagu beliau. Apa kaitan lirik lagu beliau
dengan masyarakat kita? Pengalaman penulis suatu dulu, kalau tidak silap
sekitar tahun 1997-2000 (masih sekolah rendah), di “lengkauh” atau sulap kami
terdapat tangga (tukad) yang boleh dialihkan. Biasanya pada hari ini, kebanyakan
rumah mempunyai tangga yang kukuh. Maknanya budaya kita dahulu, mempunyai
tangga rumah yang “fleksibel”. Cuba fikirkan sejenak? Bagaimana dengan situasi
sekarang, bolehkah kita kasih “pansuh tukad” rumah kita sekarang? Apa lagi
rumah bata yang lebih kukuh.
Tapi bukan tangga rumah yang
penulis ingin sampaikan pada kali ini. Penulis ingin berkongsi dengan lirik
lagu Asmin Peyong. Saudara kenal artis ini? Cari dalam Yutube. Cuba amati tajuk
lirik ini “Runat soh pinosondingan mu”. Melalui tajuk sudah kita dapat
mengetahui mesej yang disampaikan dalam lagu ini. Mesej yang disampaikan ialah
situasi semasa perkahwinan.
Apa yang menjadi fokus utama
penulis ialah perjalanan majlis perkahwinan masyarakat lebu. Apakah dilakukan
semasa dalam perkahwinan suatu ketika dahulu dan bandingkan dengan sekarang.
1.
Terdapatnya bunga manggar. Bunga manggar jenis
apa? Cari sendiri…
2.
Nyanyian “papauah”. Renungkan masih ada papauah
sekarang? Apa maksud nyanyian ini?
3.
Bunyi “agung” dan “kulintangon” berkumandang.
Kini, Band yang berkumandang.
4.
Pakaian pengantin “baju lebu”. Anda masih ada
baju lebu?
5.
“Pinutaid kauh longon meh milin-milin sekauh”.
Apa maksud ini? Kalau bagi penulis, dulu tiada cincin untuk disarungkan. Inilah
situasi yang digunakan, iaitu pertemuan tangan antara lelaki dan perempuan
menandakan mereka bersatu dalam satu keluarga dan ketua adat pada waktu itu
memberikan pesanan agar pengantin bahagia sepanjang hayat. Apa bezanya dengan
sekarang? Cincin yang mempersatukan pengantin. bukan?
Adik Penulis Sebagai Model Baju Lebu. By A'man Photography
Entri untuk kali ini, penulis
utarakan beberapa keunikan kebudayaan Dusun Lebu. penulis ingin sampaikan
bahawa kalau hendak melihat budaya masyarakat itu, kita boleh lihat daripada
lirik-lirik lagu yang dicipta. Atau dengan bantuan orang-orang tua, lagi
berpengalaman, memandangkan kita tiada rujukan khusus berbentuk tulisan berkenaan
dengan kebudayaan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan