Ahad, 17 Mac 2013

Keindahan KL Tower


KL Tower. Jika anda melancong ke Kuala Lumpur, pergilah ke KL Tower salah satu menara yang tertinggi di Malaysia. Memang menyeronokkan. Jika anda berada di atas bangunan tersebut, anda boleh melihat keseluruhan bandar raya Kuala Lumpur.

KL Tower


  

Bukan saja anda boleh naik hingga ke tingkat atas, malah persekitaran di menara ini sangat nyaman. Angin yang bertiup dengan udara segar dari puncak bukit terletaknya menara ini membuatkan penulis berasa seolah-olah berada di suasana kampung.

Pemandangan dari KL Tower

Aquaria


Penulis juga ada melawat pusat Aquaria KL Tower. Seronok melihat hidupan air yang tak pernah dilihat. Walaupun tiket agak mahal, Rm 11 seorang tetapi wang ringgit itu dibeli dengan pengalaman yang cukup berharga.

Dataran KL Tower


Menara ini tidak la sulit untuk dicari kerana pengangkutan awam yang efisien disediakan oleh kerajaan memudahkan pelancong di sekitar Kuala Lumpur. Penulis menaiki bas GO KL dari Terminal Pasar seni. Bas ini tak perlu dibayar (free), kemudian berhenti di stesen bas KL Tower. Lebih kurang dalam 800 meter jalan kaki ke menara ini. Wow seronok.

Aquaria 

Jambatan Menuju Ke KL Tower

Tiada ulasan:

Catat Ulasan