Selasa, 3 September 2013

Kad Diskaun Minyak 1Malaysia khas penduduk pedalaman Sabah dan Sarawak


Kecoh kenaikan harga minyak! RM 0.20 je pun. Tidak bermakna kita kecoh-kecoh kenaikan harga minyak kita tak mampu bayar. Tetapi kesianlah la golongan yang kurang berkemampuan. Kenapa saya kata golongan tidak berkemampuan kesian sedangkan mereka tidak memiliki kereta, motor, atau alat lain yang menggunakan minyak? mereka tidak membeli minyak!

Datuk Sri Abdul Wahid kata pengurangan subsidi yang menyebabkan harga meningkat sebanyak RM 0.20 digunakan untuk kepentingan rakyat. Ada juga yang menyatakan bahawa harga barang tidak akan diaikkan ekoran kenaikan harga minyak. Tindakan akan diambil sekiranya harga barang dinaikkan.

Persoalannya, adakah kenyataan ini akan benar-benar dipantau? Maksud saya bukan sahaja di bandar-bandar utama, pekan kecil, pasar malam, kedai kopi, kedai runcit yang beroprasi di kampung-kampung khususnya di pedalaman Sabah dan Sarawak.

Saya mengambil contoh di kampung saya sendiri, rata-ratanya penduduknya adalah petani, sumber pendapatan mereka hanyalah "kais pagi makan pagi" sahaja.  Ada yang mengusahakan kedai runcit, tentu sekali mereka juga akan menaikkan harga barang untuk menampung kos pengangkutan. Kalau harga barang rendah, kos pengangkutan rendah bankrap tauke. Bagus putung getah, tumbak sawit, itu pun harga rendah.

Kalau pihak kerajaan denda pun penguasah yang menaikkan barang di sini, tiada gunanya kerana penggunaan inyak sangat penting untuk kelangsungan ekonomi di tempat ini. Untuk datang ke bandar membeli barang-barang kedai runcit bukannya setekat 5KM, 10KM, 20KM, tetapi 80KM. Nak jalan 80KM takan nak naik basikal. Kereta juga! bila cakap pasal kereta, cerita minyak lagi! heheh.

Ada yang mengatakan 20 sen pun bising. Saya bukan bising tetapi risau dan kesian macam mana orang-orang kampung saya nanti. Sudahlah harga komuditi tidak menentu. Tanah Adat mereka pula di songlap pihak berkuasa. Macam mana nak tingkatkan ekonomi penduduk pedalaman.

Harapan saya kerajaan perlu mewujudkan Kad Diskaun Minyak 1Malaysia khas penduduk pedalaman Sabah dan Sarawak yang layak. Kad diskaun ini perlu dihadkan kepada 100 liter hingga 300 liter sebulan bagi mengelakkan penyelewengan berlaku. Kesejahteraan rakyat!

Pertimbangkan Diskaun Minyak 1Malaysia Khas Penduduk Pedalaman Sabah dan Sarawak Datuk Seri


Rakyat Keliru Harga Minyak Naik

RM 0.20 X 200L, 1 Bulan X Setahun= Hampir sama nilai dengan BRIM RM 500. 

Admin bukan penganalisis ekonomi. Tapi timbul persoalan tentang kenaikan harga minyak ni. Fikir sejenak!

RON 95 = Harga Bersubsidi RM 2.10

            = Subsidi Kerajaan RM 0.63

            = Harga Sebenar RM 2.73


RON 97 = Harga TIDAK Bersubsidi RM 2.70

            = Subsidi Kerajaan RM 0.00

            = Harga Sebenar RM 2.70

Bandingkan sebenarnya mana yang mahal antara RON 95 dan RON 97 kalau TIADA subsidi kerajaan? 

Murah lagi RON 97, hanya RM 2.70 berbanding dengan RON 95 RM 2.73, Sedangkan kualiti minyak RON 97 lagi bagus. Kenapa berlaku?

Kenapa kerajaan tidak bagi subsidi saja minyak RON 97, kerajaan akan dapat berjimat sebanyak RM 0.03 seliter minyak. 

*Admin bukan menentang kerajaan tetapi tidak salah kita membincangkan perkara yang perlu. Rakyat keliru!

Jangan Sampai seperti ini. heheh