Selasa, 12 Ogos 2014

Pengurusan Kewangan Saya

Wang adalah segalah galanya untuk senang di dunia moden ini. Sama ada wang daripada perniagaan atau makan gaji perlurulah dibelanjakan dengan berhemah. Kebiasaannya, wang daripada perniagaan diperolehi dari sehari ke sehari. Makan gaji pula diperolehi selama sebulan.

Bagaimana untuk membelanjakkan kewangan kita? income saya ialah hasil daripada makan gaji di Fedex, maka saya adalah salah seorang yang memperolehi pendapatan terkumpul dalam sebulan. Setiap 25 hari bulan duit gaji akan masuk. Jadi bermulalah perkiraan saya untuk membelanjakan duit gaji saya tu.

Biasanya saya akan dahulukan bil-bil yang penting dibayar seperti kereta, sewah rumah, bil elektrik dan air, PTPTN, dan astro. dan akhir sekali saya akan cek bil internet. Kalau tak ada duit saya akan tunda bayar bil internet tu. Kemudian saya beli keperluan keluarga.

Secara perkirannya, saya dapat menampung segalah perbelanjaan ni. Saya juga akan pastikan bahawa RM 1000.00 ringgit untuk simpanan ke akaun tetap ASB. Saya juga akan memastikan wang perbelanjaan harian selama sebulan sebanyak rm 500.00.

Inilah cara saya, tapi semua nilai ini akan disesuaikan dengan gaji. Sekiranya gaji kita ke bawah rm 3000.00 perlulah dikurangkan simpanan tetap tu. Tapi mestilah ada simpanan setiap bulan.

Pada pendapat saya, gaji yang tinggi tidak menentukan kita akan hidup senang. Gaji beribu, tetapi kalau tak ada simpanan, maka masa depan tak ada. Ini saya boleh juga cakap kais pagi makan pagi... cukup-cukup je duit dia untuk menampung kehidupan, dengan handfon yang canggih, makan makanan yang high class, ekesori kereta bagai...

Saya bukannya anti perkara-perkara ini, tetapi berbelanja mengikut kemampuan. jangan sampai pokai hujung bulan. Advance sini sana, lama-lama along juga yang di cari.

Ukur baju di badan sendiri sebelum melakukan sesuatu perbelanjaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan