Pada
18.06.2013 saya menghantar adik saya di hospital Pusat Perubatan Universiti
Malaya kerana terkena jangkitan bisul. Seperti yang diketehui bisul adalah
kumpulan nanah akibat daripada jangkitan bakteria atau parasit. Saya berharap
agar adik saya tidak kana tahan di hospital. Tetapi sebaliknya berlaku.
Berserah, yang penting bagi saya penyakit dialami sembuh. Pada pagi tu juga dia di hantar di Wad
kecemasan untuk proses seterusnya. Oleh sebab bisul tersebut betul di bahagian
perut adik, Doktor yang merawat
menasihatkan agar bisul tersebut perlu di bedah kerana dikhuatiri
berlaku jangkitan bahagian dalaman perut.
Selepas
rawatan doktor di wad kecemasan, adik dipindahkan di wad surgeri sementara
menunggu pembedahan. Kebetulan wad tersebut terdapat pesakit lain yang
berbangsa India kacukan US, orang Malaysia. Saya pun tak berapa pasti sebab saya
hanya mengambil kira 15 minit untuk melawat adik dan sempat bercerita dengan
penjaga pesakit itu, memandangkan saya perlu balik di UM untuk persediaan exam
dan urusan praktikal. Sikit tertekan pada masa itu, baik ada kereta untuk
ulang-alik, yang membimbangkan hanya parking, kena pusing tiga kali di hospital
tu baru jumpa parking.
19. 06.
2013, saya berharap agar pembedahan tu dapat dilakukan. Tapi saya tak tau apa
masalah yang berlaku, pembedahan ditangguhkan. Risau juga, bil semakin
meningkat bukan murah bayaran dia. Biasalah hospital ni bukan 100% kerajaan,
tapi semi kerajaan. Tetapi saya tak risau sangat, sebab mungkin saya boleh
minta diskaun sebab saya pelajar UM juga. Bil hari pertama tu murah je RM
250.00. Terkejut bukan! Saya mula risau biar diskaun pun, bagi saya mahal juga
sebab pembedahan dilakukan esoknya. Lain pula bil esok. Tapi, sangat berpuas
hati dengan service dia. Selesa sangat. Jauh beza daripada hospital yang saya
pernah pergi. Dalam bilik wad hanya dua orang je satu bilik.
Berita
gembira bagi saya, doktor yang merawat adik saya menyatakan bahawa pembedahan
berlaku pada pukul 6.30 petang. Sekali lagi saya datang pada pukul 6. 00
petang. Seperti biasa saya pusing-pusing mau dua tiga kali di hospital cari
parking tak dapat juga. Masa menunjukkan pukul 6.30 petang akibat cari parking je... Sekali lagi saya pusing, akhirnya ada kereta
baru mahu keluar, dan saya menggantikan parking di tempat tersebut. Nasib
baiklah saya pelajar UM jadi bayaran untuk parking tidaklah mahal sangat, RM 1
je. Setibanya di wad, adik saya sudah di bawah tempat pembedahan. Saya menunggu
di wad, sambil bercerita dengan wanita yang menjaga pesakit sebelah katil adik.
Ingatkan wanita itu biasa-biasa je… rupa-rupanya beliau adalah Profesor
mengajar di US melawat abangnya yang sedang sakit.
Doktor
mengambil masa 15 minit untuk pembedahan. Adik saya dihantar balik di Wad
tempat biasa pukul 6.45. memandangkan keadaan adik masih dalam rawatan doktor,
hanya esok petang baru dibenarkan keluar. Sekali tekanan buat saya kerana bil meningkat dalam
jangkauan melebihi RM500.00. Pada keesokannya saya exam, saya sangat tertekan
dengan keadaan ini. Mahu sahaja saya menangguhkan exam tersebut kalau boleh.
Memandangkan saya adalah pelajar tahap akhir mahu tak mahu exam perlu diambil
juga. Saya cuba berfikiran positif dan tabah menghadapi kerana saya sudah biasa
menghadapi masalah yang lebih getir. Prinsip saya “setiap masalah mesti ada
penyelesaian”. Selepas melawat, sekali lagi saya tinggalkan adik saya
bersendirian di bilik wad. Wanita yang menjaga abangnya di katil sebelah yang
selalu menolong adik ketika ketiadaan saya. Masa terluang ini saya gunakan
untuk belajar sehingga lebih kurang pukul 3 pagi.
20. 06.
2013, Saya hanya mengambil masa kira 3 jam untuk tidur. Tepat pukul 6.00 pagi
saya buat persiapan akhir dengan membaca nota ringkas sebelum masuk exam pada
pukul 8.30 pagi. Syukur exam tersebut
tidaklah susah sangat, saya dapat menjawab dengan baik. Selepas exam kira-kira
pukul 11.00 pagi saya bergegas ke pejabat Jabatan Bahasa untuk mengambil surat
praktikal dan berjaya mendaftar masuk
dalam sistem pendaftaran pelajar. Pada pukul 1.00 petang saya terus ke
Hospital untuk urusan pengeluaran adik. Setibanya di Hospital tu, nurse cakap
“Encik datang petang”. Sedangkan hari
sudah pentang, Saya jawab “petang pukul berapa?” , nurse, “saya tak
pasti, apa-apa saya maklumkan kemudian”. Hampa berbaur kecewa, tanpa
mempedulikan lapar dan penat saya menunggu dengan setia. Akhirnya pukul 4 petang, adik dibenarkan keluar. Saya terus
ke kaunter wad surgeri untuk urusan tersebut.
Saya
disuruh mengambil ubat di tingkat 1. Lama sangat! Ambil ubat sahaja mahu 1 jam
lebih. Seterusnya saya di suruh membayar bil pula di tingkat 2. Dengan
keyakinan saya pergi ke kaunter pembayaran. Bil dinyatakan sebanyak RM605. Terkejut
bil bayaran sebanyak itu. Adik ada menelefon bapa minta krim duit, tapi kirim
RM 300 je. Bapa telefon RM 300 je dikirim, banyak yang bermain di fikiran saya
masa tu. Tanpa bercakap panjang saya cakap “ok” baki yang lain biar saya bayar.
Saya bukannya banyak duit kerana saya masih belajar, tapi saya masih mampu bayar
bilangan sebanyak tu. Saya tidak kisah sebanyak mana bilangan yang saya perlu
bayar, yang penting adik sihat. Saya cakap dengan adik “bil banyak tak apa yang
penting kau sembuh” untuk memberi semangat.
Di kaunter
saya bertanya pada kerani tu… “boleh gunakan debit kad tak?” kerani “encik kami
tidak menerima debit kad CIMB, Kalau encik ada MyBank boleh”. Lepas tu saya
“cakap surat yang saya dapat ni boleh guna CIMB” , “tak apa la kalau macam tu,
saya bayar RM300.00 dulu, esok saya bayar lebihannya” sebab duit tunai saya
Cuma RM 300.00. lepas bayar RM 300.00 tu, tiba-tiba wanita yang menjaga
abangnya di wad yang sama dengan adik datang, menghulurkan kredit kadnya kepada
kerani kaunter. Wanita itu bercakap “saya bayar untuk awak” saya, “ tak apa la,
saya ada duit tapi masih di bank” wanita “tak apa-apa”. Saya menyatakan bahawa
saya rasa bersalah menerima wang sebanyak itu sambil berterima kasih kepada
wanita itu.
Setelah
selesai pembayaran di kaunter saya bersama-sama dengan wanita itu kembali ke
wad untuk membuat persiapan membawa ahli keluarga masing-masing balik ke rumah.
Saya sempat bercerita dengan wanita dan ahli keluarganya. Beliau menyatakan
bahawa beliau sudah lama tinggal di US, dan semua ahli keluarganya berada di
serata nagara. Seorang abangnya yang ada berasa kami bekerja sebagai General
Field Engineer di Indonesia sangat
lancar berbahasa Indonesia. Ketika di wad saya menyuruh adik menukar pakaian
baju hospital tu. Sementara menunggu, wanita itu menyatakan bahawa mereka ada
memberi adik wang sebanyak RM 500.00. sekali lagi saya terkejut dengan
kenyataan itu. Beberapa kali saya berfikir bahawa bukan senang orang yang baru
dikenali memberikan wang sebanyak itu. saya mengucapkan berbanyak-banyak terima
kasih kepada wanita itu. Kesempatan itu juga saya meminta akaun facebook beliau
untuk menyatakan penghargaan dan terima kasih.
Kepada saudara-saudara, sahabat-sahabat,
rakan-rakan, dan semua yang membaca pengalaman ini, jangan khuatir untuk
mengeluarkan wang untuk membantu saudara-saudara anda khususnya ahli keluarga
anda. Walaupun anda dalam keadaan kesempitan, hulurkan mengikut kemampuan.
Nilai yang kecil anda laburkan untuk kesenangan orang lain, anda akan memiliki
nilai yang besar kelak. Ini merupakan pelaburan yang paling baik dan anda tidak
pernah rugi walaupun keadaan ekonomi dunia tidak menentu. Saya sudah mengalami
pengalaman-pengalaman sebegini. Walaupun saya walaupun jarang sekali menghulurkan bantuan dari segi kewangan,
tetapi saya hulurkan tenaga untuk membantu orang lain. Saya dapat rasai
pengalaman tinggal di perantauan (Kuala Lumpur) jauh lebih tinggi taraf hidupnya berbanding dengan di kampung.
Namun saya tidak pernah kekosongan kerana rezeki daripada Tuhan sentiasa
mencurahkan kepada saya. Pesanan saya, simpan wang anda untuk pelaburan di hari
akan datang. Kita tidak tahu kejadian yang menimpa kita kelak.