Sabtu, 13 April 2013

Soalan Peperikasaan PTD 13.04.2013

Hai.. Salam Sejahtera 

Lama saya tidak update page ini...

Pada hari ini beberapa pengalaman saya perlu ketengahkan untuk tetapan sesama kita... 

Siapa yang pernah pergi peperiksaan PTD? Arrr PTD pun tak tau? Ok! Baiklah

PTD tu Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41. kalau dapat jawatan ni mesti dunia seseorang itu berubah. Wow.. mantap bah tu..


baiklah.... sini ada beberapa soalan yang masih saya ingat untuk rujukan anda semua sebelm memasuki peperiksaan PTD. Kenapa saya nyatakan ini? Sebab setiap kertas soalan tidak boleh diambil atau disimpan atau dibuat salinan. Pengawas bertugas mempastikan semua soalan akan dikembalikan kepada SPA... Jadi ini je yang saya ingat..

Bahagian A: Pengetahuan Am
1. Isu-isu semasa terkini- Gagasan 1Malaysia
2. ASEAN+ 3 apa benda ni? 3= Korea, Jepun dan China. 
3. UNESCO- apa? yang berkaitan dengan warisan dunia. Terutamanya di Malaysia seperti Kinabalu, sabah dan Mulu Sarawak.
4. Cukai-cukai- cukai import, eksport, eksais, dan embergo..
5. Duit siling baru. kenapa bunga digunakan dalam duit siling?
5. Greater. apa?-
Pelan Greater KL/Klang Valley adalah satu visi untuk menjadikan bandar raya Kuala Lumpur sebuah bandar raya maju dikalangan 20 negara teratas yang mempunyai pertumbuhan ekonomi yang mampan. Visi ini juga mensasarkan bahawa bandar raya Kuala Lumpur akan ditempatkan di dalam senarai 20 bandar raya terbaik di dunia untuk didiami menjelang tahun 2020. Antara projek/program yang akan dilaksanakan untuk mencapai visi Pelan Greater KL/Klang Valley ialah seperti berikut:
a) Program Tarikan Migrasi
b) Sistem Mass Rapid Transit (MRT) untuk Greater KL
c) Rel Kelajuan Tinggi (High Speed Rail)d) Program Tarikan MNC (Multi Nasional Companies)e) Kehidupan Sungai
f) Penghijauan Kuala Lumpur
g) Laluan Pejalan Kaki
h) Tarikan Global
i) Pengurusan Sisa Pepejal
j) Pembentungan - Bukan Sunga

Bahagian B: Penyelesaian Masalah

bahagian ini cubalah berfikiran logik dengan pantas. Pesanan saya, jangan membuang masa terlalu banyak terhadap suatu soalan kerana dikhuatiri masa mencemburui anda. Ini penting kerana bahagian ini memerlukan tahap kemahiran yang tinggi untuk menyelesaikan masalah matematik. Jangan risau, soalan senang je, tapi yang penting pandai bagi masa... masa... masa...

Bahagian C: Esei Bahasa Melayu
Yang saya ingat cuma dua soalah tetapi soalan sebenarnya ada tiga soalah yang kana jawab 1 soalan.
1. Gagasan 1 Malaysia membawa perubahan baru kepada rakyat
2. Peranan media massa mempengaruhi kehidupan masyarakat.

pandai-pandai pilih mengiut kepakaran anda berkaitan dengan tajuk.. jangan salah tajuk sudah.

Bahagian D: Esei Bahasa Inggeris
Bahagian ini saya tidak berapa ingat, sebab saya tidak arif sangat bahasa orang putih ni.. heheh

1. factor... contribute to job stratification.
2. ... universities... training for employer 
3....
Kira-kira macam tu la soalan dia. harap-harap anda berjaya. sekian 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan