Selasa, 5 April 2016

Apakah yang saya katakan tentang wang?

Apakah mereka yang memiliki gaji mencecah 3k tidak pernah mencukupi untuk kehidupan. Sudah mempunyai jawatan kanan dalam sesebuah organisasi, tetapi masih lagi korupsi.

Inilah apa yang terlintas dalam benak fikiran orang bawahan yang tidak pernah merasa gaji setinggi 3k, 4k, 5k apa lagi lebih dari itu. Tinggal di bandar yang begitu tinggi taraf hidupnya. Tidak pernah memiliki rumah sendiri dan selamanya akan menyewa. masih lagi terdapat orang yang hidup mewah dengan korupsi.

Tidakkah ada perasaan bersalah menggunakan wang yang bukan milik kita. Sedangkan sudah mempunyai kehidupan yang serba mewah. Sanggup membunuh! Apa yang berlaku dengan kes timbalan pendakwa raya Kevin Morais. Beliau mengandalikan kes rasuah yang bernilai 700k.


Seorang pegawai polis berpangkat inspektor juga sama, adakah jawatan inspektor itu bergaji kecil, kenapa perlu rasuah? PDRM adalah sebuah organisasi yang sangat saya banggakan kerana integritinya.

Isnin, 23 November 2015

FEDEX FUTSAL TOURNAMENT

Salam Sejahtera kawan...

Hari ini rajin sikit nak update aktiviti hujung minggu lalu, maklumlah semangat lebih sikit masuk kerja pada hari isnin.

tahun lalu team kami berjaya johan dalam pertandingan ini, tahun ini johan juga, inilah yang mau cerita sikit ni, tapi sebelum itu, tengo dululah gambar kami.... kekekeke


Fedex Team 2015
Inilah wajah-wajah team kami yang berjaya dalam pertandingan futsal. walaupun tahun ini tidaklah sehebat tahun lepas team-team yang hantar wakil, tapi lebih seronok sebab tidaklah sampai sakit-sakit kaki mau main. main relex-relex saja. Yang penting dapatlah juga jadi wira satu kali menjaring gol penting separuh akhir. Satu gol membawa ke final.


Saya belanja lagi kamu gambar sempena pertandingan ini,

Penerimaan Hadiah

Inilah dia piala kemenangan tu. 
 
Menang atau kalah adat pertandingan kalau orang tua-tua cakap. Tapi misi kami adalah menang, maklumlah tuan rumah. tuan rumah mesti target menang.

Satu perkara yang penting dalam pertandingan ini ialah main secara berpasukan. Maksudnya semua orang mesti memainkan peranan penting untuk suatu misi. Pengurus pasukan juga memainkan peranan penting untuk mencapai misi ini. 

Selain itu, dapatlah juga pengalaman untuk menguruskan pertandingan ini. Sesuatu aktiviti itu bukan mudah dilaksanakan tanpa kerjasama dengan pemain dan pihak pengurusan. inilah kali ketiga saya terlibat dalam pengurusan. Terima kasih FEDEX.


Lukaman Augustine
Kg. Kilo

Selasa, 18 Ogos 2015

Alam Pekerjaan Bersama Fedex

23 September 2013 merupakan hari keramat yang sentiasa saya ingati. Ketika itu seawal pukul 7am saya sudah bersiap untuk hari pertama di alam pekerjaan. Lalu saya menaiki kereta ke tempat kerja untuk melapor diri. Matlamat saya adalah satu, untuk menyerah keluarga. Hari yang sama saya dinasihatkan untuk terus bekerja. Segala perancangan dan tatacara kerja telah diberikan dengan teliti oleh pengurus saya. Sehingglah saya diberikan kursus-kursus tertentu agar saya lebih mahir dalam mengandalikan sesuatu kerja.

Setelah setahun berlalu, kerja-kerja yang diberikan oleh pengurusan semakin menambat di hati. tambahan pula kebanyakkan kerja menjadi lebih mudah kerana dapat mengaplikasikan kursus-kursus yang diikuti. Saya juga telah mengenali serba sedikit mengenai rakan-rakan sekerja dan begitu juga dengan rakan-rakan sudah mengenali perangai saya.

Saya cukup berbangga dengan pencapaian ini, walaupun pekerjaan ini cuma menggunakan SPM berbanding dengan kelayakkan saya sebagai ijazah. Namun apa yang saya banggakan dan cukup menghormati majikan saya ialah kebajikkan setiap pekerja di jaga. Bukan sahaja pekerja yang mendapat kebajikan malah akan-anak dan istri juga akan mendapat manfaatnya. Saya tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan. Saya hanya membayar RM 5 sahaja mendapatkan rawatan di klinik swasta.Ini dapat menjimatkan masa saya.

Memasuki tahun kedua saya telah menerima anugrah pekerja terbaik dua bulan berturut-turut iaitu Mac-April 2015 kerana komitmen dan penghargaan pelanggan terhadap perkhidmatan yang saya berikan. Dalam masa yang sama juga pengurus saya bersetuju memilih saya untuk beralih kepada satu tugasa lain iaitu Stesen Agent yang saya sebut sebagai SA/IOS. Maka peranan saya pula berlainan dengan kerja sebelum ini. buat masa ini, saya telah beberapa kali untuk berkrusus untuk memantapkan lagi peranan baru saya dalam syarikat. Sinior-senior saya juga banyak membantu saya. Pengurus atau saya panggil sebagai boss juga bertukar dan mempunyai perwatakan yang berbeza dengan bos sebelum ini. Namun, kedua-duanya adalah adalah pengurus yang paling baik dan saya boleh levalkan sebagai cemerlang dalam menjalankan tugas.

Apakah gaji saya setaraf dengan SPM?  Saya katakana tidak, saya boleh katakana gaji saya bukan gaji SPM. Majikan saya sangat menitikberatkan keperluan taraf hidup setiap pekerjaanya, setaraf dengan kerja yang dilakukan. Jika saya bekerja lebih masa (Overtime) gaji saya boleh menceceh Rm 3.5K bersih setelah ditolak dengan kwsp/soso. Saya juga pernah dapat gaji pada paras RM 1.8K, tetapi itu pada tiga bulan pertama saya bekerja dengan majikan. Gaji yang saya sebutkan ini tidak termasuk PPP atau saya lebih senang panggil sebagai duit penghargaan majikan kepada pekerja yang kmoited dalam tugas yang diberikan setahun dua kali. Majikan juga berikan bonus selama dua bulan gaji dan diberikan sekali gus setiap 15 desember setiap bulan.

Setelah genapnya dua tahun saya bersama FEDEX, Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada En. Maik Chin yang menerima saya bekerja di FEDEX, saya juga berterima ksih kepada EN. Devid Lew sebagai pengurus/manager baru saya kerana memberikan saya peluang dalam menjalankan tugasan/peranan baru dalam FEDEX. Saya juga percaya syarikat ini akan maju ke hadapan, melalui pemerhatian saya yang tidak seberapa ini, saya melihat bahawa FedEx adalah syarikat yang paling menitikberatkan kemahuan pelanggan, dan setiap pelanggan juga berasa gembira menggunakan perkhidmatan FedEx.

Berfikir Positif

Hello...

Apa khbar anda semua,

Hari ini saya nak kongsikan anda bagaimana untuk menjadikan anda ceria sepanjang hari. bagi saya keceriaan seseorang itu bukan dilihat daripada luaran seperti ada kereta BMW, Sport, Rumah Banglow, awek cantik, handphon canggih, dan sebagainya. Tetapi bagi saya hati kana suci dan bersih dan sentiasa berfikiran positif.

Bagaimana saya berfikiran positif? kadang kala saya juga berprasangkan buruk terhadap orang lain, untuk mengelakkan berfikiran tak baik, saya akan melawan dengan mencari kebaikan-kebaikan yang dilakukan oleh orang itu. Kelakuan yang positif inilah yang memberikan kita inspirasi kepada kita.

Suatu perkara yang lakukan setiap hari ialah bertemu dengan khalayak manusia seperti keluarga sendiri, rakan-rakan, rekan-sekerja, dan sebagainya. Disekeliling kita dipenuhi dengan pelbagai ragam dan bydaya manusia. Bagi saya dimana juga kita berada perlu memehami dua perkara ini agar lebih mudah kita berkomunikasi dan melakukan sesuatu perkara.


Jumaat, 5 Jun 2015

Pembangunan Masyarakat Luar Bandar

Pembangunan Masyarakat Luar Bandar
Pembagunan luar bandar adalah bertujuan untuk membawa masyarakat luar Bandar yang masih ketinggalan di kampung-kampung ke dalam arus pembangunan perdana bagi meningkatkan lagi kualiti hidup mereka. Matlamatnya ialah untuk memastikan perancangan pembangunan luar bandar masih relevan dan sejajar dengan matlamat wawasan 2020. Seperti yang terkandung dalam dasar transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri Malaysia, rakyat perlu bersifat dinamik dan mampan agar berupaya menghadapi cabaran-cabaran masa hadapan dan mencapai status ekonomi yang setaraf dengan peringkat nasional. Amnya, pembangunan ialah proses perubahan dari peringkat kurang maju kepada peringkat yang lebih maju yang menjerus kepada kesejahteraan, kebahagiaan, kemakmuran dan kebebasan sama ada dalam aspek pemikiran manusia ataupun aspek fizikal atau persekitaran. Sementara kehidupan luar bandar pula selalu dikaitkan dengan kehidupan yang tidak maju, taraf pendidikan yang rendah, penglibatan masyarakat dalam arus pembangunan utama yang terhad, potensi maju ayng meragukan, dan berbagai-bagai sifat kemunduran.
Bagi meningkatkan keterlibatan masyarakat luar bandar dalam arus pembangunan, perlulah memberikan penekanan kepada transformasi pendidikan sebagai keutamaan untuk menjana modal insan dalam kalangan masyarakat luar bandar.  Pelbagai insiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan seperti program Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), memperluas dan memantapkan pendidikan prasekolah, dan meningkatkan kadar literasi dan numerasi (LINUS). Namun masih terdapat perbezaan ketara antara sekloah di luar bandar dan bandar, terutamanya dari segi fasilitinya. Ini saya lihat sendiri apa yang berlaku di Sekolah Kebangsaan Lubang Buaya, beluran Sabah yang masih ketinggalan dari segi pembangunan fasiliti seperti  kekurangan bilik darjah serta rumah guru. Selain itu, pelajar luar bandar juga menghadapi masalah seperti kadar ketersampaian yang rendah. Ini disebabkan jarak yang jauh antara penempatan rumah kediaman dengan sekolah-sekolah begitu besar. Sebagai contohnya kebanyakan pelajar dari SK Lubang Buaya menggunakan khidmat bot untuk ke sekolah. Jika berlaku bajir atau air cetek ia akan menjejaskan kehadiran pelajar. Dsamping itu, menggunakan bot untuk ke sekolah juga mengambil masa beberapa jam untuk sampai ke sekolah. Pelajar-pelajar ini terpaksa bangun dengan lebih awal untuk membuat persiapan ke sekolah bagi mendapatkan ilmu pengetahuan. Untuk mengatasi masalah-masalah tersebut kerajaan perlu  melancarkan beberapa program untuk memajukan pendidikan di luar bandar selaras dengan pembangunan Negara. Pembinaan modal insan daripada aras inilah perlu dititikberatkan agar mereka menjadi pemangkin dan contoh kepada masyarakat luar Bandar.
Aktiviti tani juga merupakan salah satu kaedah untuk meningkatkan pembangunan masyarakat luar Bandar. Ini kerana bidang pertanian merupakan aktiviti yang paling dekat dengan masyarakat luar bandar kerana di kawasan inilah terdapat banyak sumber aset semula jadi yang tidak diterokai. Namun begitu, masalah yang ketara yang dapat dilihat  dalam memajukan masyarakat luar bandar ialah kekurangan tenaga buruh dalam dalam sektor berkaitan. Yang paling jelas dapat dilihat dalam sektor pertanian adalah  ramai diusahakan oleh golongan tua berbanding dengan golongan muda. Golongan muda mengagggap kegiatan pertanian adalah kegiatan yang memenatkan, banyak menggunakan kerahan tenaga, dan berada dijemuran matahari serta mendapat peluang yang sedikit.  Selain itu, mereka juga kekurangan modal dan teknologi yang membantutkan pembangunan kegiatan pertanian. Oleh sebab itu pembangunan kegiatan pertanian hanya tertumpu  kepada pertanian sara diri iaitu hasil pertanian hanya digunakan untuk keperluan keluarga sahaja. Kebanyakkan masyarakat luar bandar mengamalkan aktiviti pertanian secara pindah yang menyebabkan tanah menjadi gersang dan tidak subur. Penyemburan racun serangga dan kaedah tebang bakar hutan yang digunakan oleh petani luar bandar juga menyebabkan berlakunya pencamaran di kawasan luar bandar. Ini akan menyebabkan masyarakat luar bandar terdorong mendapat pelbagai penyakit.
Secara umumnya, pihak kerajaan perlu merancang lebih teliti dan melakukan kajian-kajian terhadap pembangunan masyarakat luar bandar dipergiatkan bagi meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup penduduk luar bandar. Bagi meningkatkan pendapatan kualiti hidup, masyarakat luar bandar juga perlu membangun dari segenap bidang yang diceburi. Contohnya dalam bidang pendidikan, mereka perlu standing dengan masyarakat bandar supaya jurang ketidaksamaan dapat dikurangkan. Oleh itu, semua pihak sama ada kerajaan ataupun penduduk kuar bandar perlu melakukan perubahan yang positif agar masyarakat luar bandar tidak dianggap golonggan yang pasif. Kerjasama antara semua pihak juga penting agar pembangunan dapat dijalankan tanpa sebarang masalah dan pembangunan yang dilakukan adalah secara berterusan.


Rabu, 8 April 2015

Perkhidmatan Texi Murah

Halloo...

Kuala Lumpur merupakan sebuah bandar yang menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli belah. Oleh sebab itu, kesesakkan berlaku di mana-mana sahaja perkhidmatan awam seperti LRT, Monorial, Bas dan Sebagainya.

Jadi, untuk melancarkan perjalanan saya, saya telah menelefon seorang kawan untuk perkhidmatan Texi murah. Selain itu, kawan saya juga menyediakkan kereta untuk di sewa. Harga juga boleh dirunding.

Perkhidmatan yang disediakan juga sangat perpatutan dangan harga yang disediakan.

Untuk pengetahuan, perkhidmatan ini hanya disediakkan hanya hujung minggu.

kalau nak berhubungan dengan beliau boleh lah hubungi/whatsaap je di 0129716593

Rabu, 14 Januari 2015

Politik Orang Kampung

Ikhlas...


Ikhlas bagi saya perasaan yang lahir dari hati. Bukan di paksa untuk melakukan sesuatu. Apabila kita ikhlas, kita tidak mengharapkan balasan terhadap sesuatu.

Setiap kali kali keluar dari rumah, saya melihat alam sekeliling yang sentiasa ikhlas, tapi ada sesetengah orang yang masih mementingkan diri sendiri. Ada yang talam dua muka, di depan manis di belakang pahit. Inilah kehidupan, kadang-kadang manis kadang-kadang pahit.

Saya suka apabila bercerita tentang politik kampung-kampung. Saya tidak suka sangat perihal politik ini, tapi saya suka apabila politik dikaitkan dengan masyarakat di pedalaman terutamanya parlimen tempat saya. Kalau tak silap Parlimen P.182 Pensiangan.

Kenapa apa-apa bantuan yang disalurkan masti ada orang tertentu yang hadir untuk sampaikan kepada masyarakat. Mungkin simbolik bahawa orang tu... yang bertanggungjawab terhadap peruntutukan tu. Atau orang tu... ikhlas. Atau untuk orang kenal bahawa dia yang orang baik-baik. Bila orang kenal maka senanglah naik. Ini saya boleh katakan siapa kaya dia akan naik dulu dalam politik.


Dulu bapa saya pernah bergiat aktif dalam politik kampung ini, jadi saya sempat lah perhatikan senario politik ini. Kalau ada Datuk datang semua orang akan menyambut. Apakah motif, sepatutnya Datuk tu yang menyambut kita dengan keperluan asas, ini tidak, kadang-kadang orang kampung yang keluarkan belanja sendiri. Lepas tu, saya keliru apabila saya terfikir siapa yang undi siapa. Orang kampung yang undi dia untuk kedudukan dia sekarang.


akhirnya saya fikir bahawa siapa yang jadi YB di tanah syurga ini, maka ia akan menjadi sistem hirarki keluarga. Kalau ayah dah ketua, makan anak akan menyusul. Wahai saudaraku, carilah calon anak jati di tempat itu sendiri, mudah untuk membangun.

Jumaat, 9 Januari 2015

Salam Sejahtera...

Oleh kerana saya bekerja, saya jarang kemaskini blog saya.

Pada kali ini saya berbicara tentang taraf hidup orang kampung. Ramai orang kata hidup di kampung bukan segala-galanya duit sebab makanan diperolehi dari hasil bercucuk tanam. Bukan... orang kampung juga memerlukan kewangan yang mencukupi.. bagaimana untuk belanja sekolah anak, nak beli gula, minyak, dan sebagainya..

Orang kampung juga sinonim dengan menoreh getah. Kalau dapat rm 500.00 sebulan kira ok la di kampung, tapi sekarang nak dapat rm 300.00 pun sukar. Ini disebabkan harga getah yang rendah. Memang kita faham harga getah ditentukan oleh pasaran dan penawaran global, tapi perlulah pihak tertentu mengambil inisatif.

Baru-baru ini pihak tertentu mengambil inisatif, memberikan pekebun getah bantuan, kalau tak silap saya rm 500. kenapa di kampung saya tak dapat menikmati peruntukan ini, kenapa banyak sangat karena untuk dapatkan bantuan ini? kenapa pekebun getah saja yang dapat, bukan penoreh getah. Biasanya pekebun getah ini memberi sewa kepada penoreh. Bukan kah layak kedua-dua pihak dapat bantuan, sebab kedua-duanya mendapat tempias yang sama apabila harga turun.

Kemanakah peruntukan itu? Dulu saya pernah mohon netbook 1 malaysia, lepas tu saya jumpa di pejabat perlimen politik ini di keningau (rasiah),kalau dulu tahun 2012 pejabat dia di kawasan CIMB Keningau (tak tau la sekarang dah pindah ke belum). Bila saya cakap boleh mohon ke tak, dia cakap tak boleh ini hanya peruntukan ketua kampung, pengerusi jkkk, ketua anak negeri... bila dia cakap macam ini, saya fikir dia angap saya tidak tau menau tentang kelayakan mendapatkan netbook ini. Sebab saya tau mereka yang mendapat incme 3000 kebawah layak, lagi-lagi saya pada masa itu adalah pelajar universiti.


Saya fikir inilah mentiliti politik di kawasan saya, kalau peruntukan sampai, singah ditampat orang-orang yang terlebih vaksin integriti ini baru sampai kepada masyarakat yang memerlukan...