Selasa, 5 April 2016

Apakah yang saya katakan tentang wang?

Apakah mereka yang memiliki gaji mencecah 3k tidak pernah mencukupi untuk kehidupan. Sudah mempunyai jawatan kanan dalam sesebuah organisasi, tetapi masih lagi korupsi.

Inilah apa yang terlintas dalam benak fikiran orang bawahan yang tidak pernah merasa gaji setinggi 3k, 4k, 5k apa lagi lebih dari itu. Tinggal di bandar yang begitu tinggi taraf hidupnya. Tidak pernah memiliki rumah sendiri dan selamanya akan menyewa. masih lagi terdapat orang yang hidup mewah dengan korupsi.

Tidakkah ada perasaan bersalah menggunakan wang yang bukan milik kita. Sedangkan sudah mempunyai kehidupan yang serba mewah. Sanggup membunuh! Apa yang berlaku dengan kes timbalan pendakwa raya Kevin Morais. Beliau mengandalikan kes rasuah yang bernilai 700k.


Seorang pegawai polis berpangkat inspektor juga sama, adakah jawatan inspektor itu bergaji kecil, kenapa perlu rasuah? PDRM adalah sebuah organisasi yang sangat saya banggakan kerana integritinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan