Ahad, 28 Disember 2014

SAYA LAHIR DI PEDALAMAN W2020?

Hellooo...


Apa khabar sahabat?

Lebih kurang tiga hari lagi kita akan beralih tahun 2015, maka dengan itu lima tahun lagi kita akan menempuhi Wawasan 2020.

Adakah anda susah bersedia? atau tidak faham apakah itu Wawasan 2020. Sebenarnya saya pun tak faham apakah itu Wawasan 2020. Katanya Wawasan 2020 yang saya sebut sebagai W2020 adalah negara maju. Bukan sahaja negara yang maju,  semua manusia yang ada di Malaysia maju dari segi moral, pendidikan, pendapatan, peluang pekerjaan, dan sebagainya.

Saya tidak melihat pun manusia-manusia yang ada di Malaysia ni maju secara amnya, ada yang kaya terus maju, yang miskin kadang maju kadang jatuh... apakah ini W2020?

Kadang-kadang saya terfikir, apakah pihak kerajaan tidak mempertimbangkan kepada mahasiswa yang berasal dari pedalaman untuk mengisi jawatan dalam mana-mana agensi, jabatan kerajaan, GLC dan sebagainya. Kenapa tidak diberikan kouta kepada mahasiswa ini, sedangkan mereka hanya sebahagian kecil sahaja. 

Saya juga percaya bahawa ibu bapa mereka sangat mengharapkan apabila tamat belajar, mereka dapat membantu meringankan bebanan tanggungan mereka. Kelak, apabila mereka mempunyai kehidupan yang stabil, secara tidak langsung dapat menyumbang pembangunan ekonomi masyarakat pedalaman. 

Selasa, 12 Ogos 2014

Pengurusan Kewangan Saya

Wang adalah segalah galanya untuk senang di dunia moden ini. Sama ada wang daripada perniagaan atau makan gaji perlurulah dibelanjakan dengan berhemah. Kebiasaannya, wang daripada perniagaan diperolehi dari sehari ke sehari. Makan gaji pula diperolehi selama sebulan.

Bagaimana untuk membelanjakkan kewangan kita? income saya ialah hasil daripada makan gaji di Fedex, maka saya adalah salah seorang yang memperolehi pendapatan terkumpul dalam sebulan. Setiap 25 hari bulan duit gaji akan masuk. Jadi bermulalah perkiraan saya untuk membelanjakan duit gaji saya tu.

Biasanya saya akan dahulukan bil-bil yang penting dibayar seperti kereta, sewah rumah, bil elektrik dan air, PTPTN, dan astro. dan akhir sekali saya akan cek bil internet. Kalau tak ada duit saya akan tunda bayar bil internet tu. Kemudian saya beli keperluan keluarga.

Secara perkirannya, saya dapat menampung segalah perbelanjaan ni. Saya juga akan pastikan bahawa RM 1000.00 ringgit untuk simpanan ke akaun tetap ASB. Saya juga akan memastikan wang perbelanjaan harian selama sebulan sebanyak rm 500.00.

Inilah cara saya, tapi semua nilai ini akan disesuaikan dengan gaji. Sekiranya gaji kita ke bawah rm 3000.00 perlulah dikurangkan simpanan tetap tu. Tapi mestilah ada simpanan setiap bulan.

Pada pendapat saya, gaji yang tinggi tidak menentukan kita akan hidup senang. Gaji beribu, tetapi kalau tak ada simpanan, maka masa depan tak ada. Ini saya boleh juga cakap kais pagi makan pagi... cukup-cukup je duit dia untuk menampung kehidupan, dengan handfon yang canggih, makan makanan yang high class, ekesori kereta bagai...

Saya bukannya anti perkara-perkara ini, tetapi berbelanja mengikut kemampuan. jangan sampai pokai hujung bulan. Advance sini sana, lama-lama along juga yang di cari.

Ukur baju di badan sendiri sebelum melakukan sesuatu perbelanjaan.

Jumaat, 8 Ogos 2014

Tips Beli Rumah Second

Hai... Lama tak update blog.

Pada kali ini saya ingin berkongsi sedikit berkaitan dengan tips pembelian rumah.

Bagi saya tips pertama ialah melelui pembacaan/ bertanya kepada kawanyang pernah membeli rumah.
Bacalah blog atau mana-mana bacaan yang bermanfaat berkaitan dengan tips pembelian rumah. buat perbandingan antara tips tersebut untuk mencari kesimpulan persoalan kita.

Bila ada pengetahuan tentang pembelian rumah barulah kita cari rumah untuk dibeli, carilah lah tuan rumah yang baik dan senang untuk dibawa berurusan. Apabila da ada rumah, pastikan rumah tersebut dalam keadaan baik seperti pendawaian elektrik, air, tandas, tiada rekahan, dan sebagainya.

ketiga, Sudah mencapai persetujuan dengan tuan rumah, barulah cari bank untuk membuat pinjaman. INGAT, jangan cari peguam dulu baru cari bank. Ini biasa berlaku! Apabila mencari bank, kenalah rajin untuk bertanya kepada pegawai bank tersebut untuk intrest/bunga. Ini penting, sebab, kebanyakkan bank mempunyai bunga yang berbeza. bila da dapat bank yang sesuai, barulah sediakan dokument ini;

1. Salinan IC
2. 3 bulan slip gaji
3. 3 bulan penyata bank ( tempat gaji masuk)
4. KWSP
5. Salinan Geran rumah yang mahu dibeli (minta daripada tuan rumah)
6. Salinan Sale & Purchase Agreement (Minta dari tuan rumah)
7. Resit Booking ( Minta daripada tuan rumah)

bersambung......

Sabtu, 21 Jun 2014

Mari Jalan-Jalan Bersama Keluarga I

Hello... Lama tak update blog.

Hari ini saya nak update "Mari jalan-jalan bersama keluarga". Saya memili entri ini untuk menceritakan kembali aktiviti ama, apaa, dan adi bungsu berada di Shah Alam.


KL Tower


Rumah Tradisi KL Tower


Ini je yang nampak KL Tower. 


Tengah tunggu LRT sampai
Saya happy apabila dapat bawa amaa dan apaa saya jalan-jalan. Kita tidak dapat membalas budi mereka, tetapi untuk memberikan mereka kebahagiaan apabila anak dapat meluangkan masa bersama meraka.

FEDEX

Byak pengalaman yang mematangkan saya. Beginilah alam kerjaya, sebagai seorang pekerja, perlulah bijak untuk menyesuaikan diri dengan sesuatu pekerjaan. 

Saya boleh memberi anda jaminan bahawa, bekerja di bawah syarikat ini agak lumayan dari segi upah. cuma sahaja yang menjadi pertaruhan ialah kerajinan. 

Bukan setekat itu sahaja, Syarikat ini juga memberi banyak kelebihan seperti insurans keluarga dan pembiayaan kesihatan. Sikap pengurusan atasan yang memberi galakan dan sokongan terhadap aktiviti pekerj, umpamanya pertandingan sukan antara staff danFedex merupakan sebuah syarikat yang dimiliki oleh warga US. Saya merupakan salah seorang yang berkhidmat dengan syarikat ini.

Sepnjang bekerja dengan syarikat ini, ban lain-lain. Ini dikatakan bekerja + enjoy. 

Saya juga melihat kepada perkhidmatan yang diberikan kepada pelangganya amat menggalakkan. Kebanyakkan pelanggan berpuas hati dangan perkhidmatan yang diberikan. 

Syarikat penghantaran terbesar dan terulung di dunia ini juga, diyakini oleh setiap pelanggan kerana kepantasan dan ketulusan dalam  diri setiap pekerja. 

~~~~~~