Rabu, 14 Januari 2015

Politik Orang Kampung

Ikhlas...


Ikhlas bagi saya perasaan yang lahir dari hati. Bukan di paksa untuk melakukan sesuatu. Apabila kita ikhlas, kita tidak mengharapkan balasan terhadap sesuatu.

Setiap kali kali keluar dari rumah, saya melihat alam sekeliling yang sentiasa ikhlas, tapi ada sesetengah orang yang masih mementingkan diri sendiri. Ada yang talam dua muka, di depan manis di belakang pahit. Inilah kehidupan, kadang-kadang manis kadang-kadang pahit.

Saya suka apabila bercerita tentang politik kampung-kampung. Saya tidak suka sangat perihal politik ini, tapi saya suka apabila politik dikaitkan dengan masyarakat di pedalaman terutamanya parlimen tempat saya. Kalau tak silap Parlimen P.182 Pensiangan.

Kenapa apa-apa bantuan yang disalurkan masti ada orang tertentu yang hadir untuk sampaikan kepada masyarakat. Mungkin simbolik bahawa orang tu... yang bertanggungjawab terhadap peruntutukan tu. Atau orang tu... ikhlas. Atau untuk orang kenal bahawa dia yang orang baik-baik. Bila orang kenal maka senanglah naik. Ini saya boleh katakan siapa kaya dia akan naik dulu dalam politik.


Dulu bapa saya pernah bergiat aktif dalam politik kampung ini, jadi saya sempat lah perhatikan senario politik ini. Kalau ada Datuk datang semua orang akan menyambut. Apakah motif, sepatutnya Datuk tu yang menyambut kita dengan keperluan asas, ini tidak, kadang-kadang orang kampung yang keluarkan belanja sendiri. Lepas tu, saya keliru apabila saya terfikir siapa yang undi siapa. Orang kampung yang undi dia untuk kedudukan dia sekarang.


akhirnya saya fikir bahawa siapa yang jadi YB di tanah syurga ini, maka ia akan menjadi sistem hirarki keluarga. Kalau ayah dah ketua, makan anak akan menyusul. Wahai saudaraku, carilah calon anak jati di tempat itu sendiri, mudah untuk membangun.

Jumaat, 9 Januari 2015

Salam Sejahtera...

Oleh kerana saya bekerja, saya jarang kemaskini blog saya.

Pada kali ini saya berbicara tentang taraf hidup orang kampung. Ramai orang kata hidup di kampung bukan segala-galanya duit sebab makanan diperolehi dari hasil bercucuk tanam. Bukan... orang kampung juga memerlukan kewangan yang mencukupi.. bagaimana untuk belanja sekolah anak, nak beli gula, minyak, dan sebagainya..

Orang kampung juga sinonim dengan menoreh getah. Kalau dapat rm 500.00 sebulan kira ok la di kampung, tapi sekarang nak dapat rm 300.00 pun sukar. Ini disebabkan harga getah yang rendah. Memang kita faham harga getah ditentukan oleh pasaran dan penawaran global, tapi perlulah pihak tertentu mengambil inisatif.

Baru-baru ini pihak tertentu mengambil inisatif, memberikan pekebun getah bantuan, kalau tak silap saya rm 500. kenapa di kampung saya tak dapat menikmati peruntukan ini, kenapa banyak sangat karena untuk dapatkan bantuan ini? kenapa pekebun getah saja yang dapat, bukan penoreh getah. Biasanya pekebun getah ini memberi sewa kepada penoreh. Bukan kah layak kedua-dua pihak dapat bantuan, sebab kedua-duanya mendapat tempias yang sama apabila harga turun.

Kemanakah peruntukan itu? Dulu saya pernah mohon netbook 1 malaysia, lepas tu saya jumpa di pejabat perlimen politik ini di keningau (rasiah),kalau dulu tahun 2012 pejabat dia di kawasan CIMB Keningau (tak tau la sekarang dah pindah ke belum). Bila saya cakap boleh mohon ke tak, dia cakap tak boleh ini hanya peruntukan ketua kampung, pengerusi jkkk, ketua anak negeri... bila dia cakap macam ini, saya fikir dia angap saya tidak tau menau tentang kelayakan mendapatkan netbook ini. Sebab saya tau mereka yang mendapat incme 3000 kebawah layak, lagi-lagi saya pada masa itu adalah pelajar universiti.


Saya fikir inilah mentiliti politik di kawasan saya, kalau peruntukan sampai, singah ditampat orang-orang yang terlebih vaksin integriti ini baru sampai kepada masyarakat yang memerlukan...