Isnin, 12 Ogos 2013

Bahan Bahan Makanan Keli

Berikut merupakan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat baja makanan keli;

"bermula dengan penggunaan hampas kacang soya, tepung gandum, sedikit minyak masak, ikan baja, PKC (Plam Kernel Cake) dan sedikit sayuran kini Ibrahim mampu berbangga dengan resepi ciptaannya sekurang-kurangnya untuk kegunaan sendiri"

"Selain itu, roti yang telah luput tarikh dan hampas kelapa digunakan bagi memastikan kadar proten yang tinggi diperolehi oleh ikan yang diternak"

"Dalam pada itu sayuran seperti daun ubi kayu digunakan bagi meningkatkan kandungan fiber di dalam makanan yang dihasilkan"

"Selain bahan-bahan tersebut, saya juga menggunakan jagung dan ubi kayu bagi memudahkan palet terbentuk (melekat)

-Utusan Malaysia (12.08. 2013) dalam Mega Agro muka surat 8

Jawatan Kosong Pihak Berkuasa Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)

Salam sejahtera

Mohonlah Jawatan Kosong yang ditawarkan oleh RISDA



kekosongan Jawatan RISDA :- 

    a) Akauntan 

    b) Pegawai Teknologi Maklumat 

    c) Penolong Jurutera 

    d) Penolong Pegawai Teknologi Maklumat 

    e) Penolong Pegawai Pertanian 

    f) Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) 

    g) Pembantu Setiausaha Pejabat 

    h) Juruaudio Visual 

    i) Pegawai Khidmat Pelanggan 

    j) Pembantu Pertanian 

    k) Pembantu Tadbir (Kewangan) 

    l) Juruteknik 

    m) Juruteknik Komputer 

    n) Ahli Fotografi 

    o) Pembantu Am Pejabat 

    p) Pemandu Kenderaan 

    q) Pekerja Awam 

    r) Tukang K2 

Tarikh tutup: 16 Ogos 2013



Kilik Sini  Iklan Jawatan Kosong RISDA





SELAMAT MAJU JAYA


Calon Simpanan Penolong Pegawai Tadbir

Sebelum ini saya ada menulis berkaitan Keputusan Temuduga Penolong Pegawai Tadbir( Kilik ) saya dikategorikan sebagai Calon Simpanan. Seperti yang saya nyatakan bahawa calon simpanan adalah mereka yang berjaya dalam temuduga tersebut tetapi pihak SPA memilih mereka yang paling terbaik untuk menjawat jawatan tersebut. Calon Simpanan pula adalah calon yang menunggu kekosongan.

Seperti yang diketahui bahawa Calon Simpanan sebenarnya sudah mempunyai harapan 98% diserap dalam jawatan ini tetapi memerlukan kesabaran dan masa untuk menunggu. Berdasarkan Transformasi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia yang bertarikh 28 Mac 2013, Pindaan Tempoh Sah Laku Calon Simpanan bukan lagi setahun TETAPI sehingga Calon DILANTIK TETAP.

Kemas Kini 28 Mac 2013.
Status Pelaksanaan Transformasi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

Ini yang saya maksudkan sebagai berjaya dalam temuduga tersebut. Jadi, calon simpanan tidak perlu risau kerana kita akan dipanggil dari semasa-ke semasa.

Terima kasih kepada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan yang sewaktu dengannya yang membawa transformasi ini di bawah Transformasi Kerajaan.

Keputusan Calon Simpanan 




Ahad, 11 Ogos 2013

Keputusan Penolong Pegawai Tadbir N27

Salam Sejahtera.

Hari ini saya nak kongsikan beberapa perkara berkaitan dengan temu duga Penolong Pegawai Tadbir N 27. Awal bulan Mei 2013 saya berjaya dipangil untuk temu duga. Di bawa ini ialah statastik yang jumlah kekosongan jawatan Penolong Pegawai Tadbir ini;

Bilangan Pemohon                            153 183 Orang
Bilangan Panggilan Temuduga        49 116 Orang
Bilangan Kekosongan Jawatan        67 Orang 
Bilangan Calon Simpanan                1000 Orang


Berdasarkan statastik ini sahaja kita boleh lihat persaingan yang hebat merebut hanya 67 jawatan kosong dan 1000 tempat untuk calon simpanan daripada 49 116 orang yang dipanggil temuduga. 

Saya adalah salah seorang yang berjaya menempatkan diri dalam golongan calon simpanan. 


Sebenarnya calon simpanan adalah mereka yang berjaya dalam temu duga tetapi pihak JPA memilih calon yang terbaik mengisi jawatan kosong tersebut. 1000 orang lagi adalah calon-calon yang menunggu kekosongan selama setahun (berdasarkan dalam surat SPA). Saya yakin pihak kerajaan akan memilih kita untuk menjawat jawatan ini.




Saya kongsikan beberapa tips semasa temu duga semasa saya temu duga jawatan ini tempoh hari;

Pertama saya menyelidik tentang latarbelakang jawatan ini kemudian cari maklumat berkaitan di internet. 

Kedua saya bertanya pula dengan rakan-rakan yang pernah dipangil temu duga, walaupun saya pernah dipanggil temuduga sebelum ini, tetapi saya tetap bertanya sebagai ilmu tambahan.

Ketiga, saya melihat di youtube tentang tips-tips temuduga dan tulisan-tulisan pengalaman temuduga di blog. Sekurang-kurangnya saya dapat tahu serba sedikit tentang tips temuduga.

Keempat, mempersiapkan diri dengan pengetahuan semasa. Bagi saya tiada masalah isu semasa kerana setiap hari saya akan membaca surat khbar, paling tidak pun saya akan tengo berita pukul 8.00 pm  TV1/ TV3 setiap hari.

Kelima, seperti biasa resmue perlulah kemas dan teratur. Masukanlah perkara-perkara yang penting dan memberi kelebihan diri. Saya tidaklah mempunyai luas pengalaman dalam bidang pekerjaan sebenar, tetapi saya mempunyai banyak penglibatan sama ada peringkat IPTA atau Kebangsaan. Saya juga pernah menjadi pengarah projek mega, jadi berdasarkan pengalaman ini dapatlah menjelaskan serba sedikit soalan temu duga.

Keenam, bercakap jujur semasa ditemuduga, jangan diadakan benda yang tiada. Semasa temuduga saya sentiasa bercakap jujur dan bercakap berdasarkan kemampuan dan tahap pemikiran saya. 

Semasa temuduga, berpakaian kemas dan awal sampai ke pusat temuduga. Sehari sebelum temu duga saya sudah mencari pusat temu duga yang ditetapkan oleh SPA. Semasa temuduga tiada masalah untuk saya datang sebab dah tau jalan. Masa temuduga saya 1200 tengah hari, oleh kerana semangat yang berkobar-kobar dengan kesungguhan saya datang seawal 8. 30 am. 

Kalau tak silap saya hampir pukul 1.00 pm baru saya ditemuduga. Walaupun lama ditemuduga, saya rasa tak bosan pun sebab saya dapat melihat keadaan temu duga, buat persiapan akhir temuduga seperti ingat ahli kabinet baru memandangkan baru je keluar nama-nama kabinet pada masa itu. Sebab itu, semasa temu duga disarankan datang awal supaya labih berkeyakinan. 

Pakaian semasa temuduga





Selasa, 6 Ogos 2013

Isu Semasa Yang Perlu Diketahui

Projek Projek Utama Yang Terhasil Daripada Agenda Negara Ke arah Wawasan 2020

Pembangunan era Tun Dr. Mahathir.

1. Jambatan Pulau Pinang- Jambatan yang terpanjang di asia Tenggara dan ketiga terpanjang di dunia (15.5 km)

2. Koridor Raya Multimedia (MSC)-Meliputi kawasan seluas 15kmx40km

3. Projek Kereta Nasional Pertama, Proton Saga- Dilancarkan pada tahun 1985 oleh Tun Dr. Mahathir

4. Motosikal Nasional Pertama, Modenas Kriss 110- Pada tahu 1996

5. Menara Kuala Lumpur- Setinggi 421 m di Bukit Nenas, merupakan menara tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara dan ketiga tertinggi di dunia.

6. Menara Berkembar Petronas- Merupakan menara berkembar di dunia pada 1996, ketinggian 415.9 meter (88 tingkat)

7. Pelancaran Satelit Pertama Malaysia, Measat 1-Berharga 600juta bertahan sehingga 12 tahu.

8. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)- Sebuah lapangan terbang tercanggih di Asia yang mempunyai menara kawalan tertinggi di dunia.

9. Litar antarabangsa Sepang- Malaysia menganjurkan acara sukan paling berprestij iaitu lumba motor, Kejohanan Dunia Formula One (F1)

10. Sistem Transit Aliran Ringan (LRT)-Pengangkutan bergerabak dalam bandar.

11. Cyberjaya-Pusat multimedia terkemuka di dunia, canggih dalam infrastruktur bersepadu, dan sistem pengangkutan yang cekap.

12. Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan-Putrajaya, Bandaraya pintar dalam taman, bersempena dengan nama Perdana menteri Malaysia Pertama, Tunku abdul Rahman Putra.

13. Kempen Bersih, Cekap dan Amanah-Menjadi amalan kepada semua di negara ini, bersikap positif serta bermoral tinggi dalam pengurusan pekerjaan, pentadbiran dan rakyat.

14. Slogan Malaysia Boleh!- Kata keramat Tun Dr. Mahathir, berpegang dengan slogan ini, beberapa rekod dunia telah dicipta oleh negara kita.

15. Sukan Komanwel (SUKOM)- Menganjurkan sukan komenwel 1998 dan acara dwitahunan Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA).

Kesemua projek yang dibangunkan ini adalah asas memacu Dasar Wawasan 2020. Dengan kombinasi kerjasama antara kerajaan dan rakyat, mudah-mudahan Dasar Wawasan 2020 akan tercapai. Walaupun tidak secara 100%, tetapi sekurang-kurangnya terdapat usaha yang berterusan untuk mencapai negara yang berpendapatan tinggi.



Selamat Daripada Mangsa Abu Sayyaf

Seorang ahli perniagaan kelapa sawit terselamat daripada tebusan kumpulan Militan Abu Sayyaf selama lebih kurang sembilan bulan dalam tebusan. Mangsa Wei Jie, 25 melarikan diri daripada tebusan apabila menyedari ikatan pada kaki dan tangannya longar. 

Mangsa adalah seorang penolong pengurus ladang kelapa sawit di Laha Datu bersama-sama pengurus ladang ditahan oleh lima militan tersebut berpakaian ala-ala tentera pada 13 November 2012. 

Di fahamkan bahawa Militan Abu Sayyaf terkenal dengan kekejaman memanggal kepala tebusan, penculikan, pengeboman, dan paras ugut. 

Saudara-sudaraku berhati-hati dengan Militan ini.

Gambar bertarikh 7 Mac lalu menunjukkan Chong Wei Jie (kiri) dan sepupunya, Chong Wei Fei ketika dalam tahanan militan Abu Sayyaf di selatan Filipina

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130807/lu_01/Lolos-daripada-Abu-Sayyaf#ixzz2bFB3mOoL
© Utusan Melayu (M) Bhd