Jumaat, 30 November 2012

Kg. Kilo: "Tagal"


Kg. Kilo: "Tagal"

Kg. Kilo: Sebut sahaja “Tagal” pasti dalam benak fikiran masyarakat ini ialah “ikan” dan “sungai”. Apabila tiba musim menuai pasti ramai penduduk yang melibatkan diri tidak kira tua atau muda. Mereka tidak mahu ketinggalan untuk melihat kemeriahan menangkap ikan. Ada yang “merambat”, “memanah”, “memukat” dan lain-lain asalkan cara yang di gunakan itu dapat menangkap ikat dan tidak menyebabkan kepupusan populasi ini.

Tagal Kg. Kilo. Antara penduduk yang hadir.

Apakah sebenarnya yang terlintas dalam fikiran masyarakat ini tentang “Tagal”? Dahulu kala, penduduk bebas mencari rezeki di sungai. Kadang-kadang ada penduduk yang senang dengan kehidupan dahulu kala yang masih bebas untuk melakukan aktiviti di sungai seperti memancing, “meniud”, “merambat” dan sebagainya.

Sebenarnya, “Tagal”  wujud dalam kata “aido mengawol” atau “tidak memancing”.  Dalam Bahasa Dusun Lebu pula, “tagal” ialah suatu prose “mengawal” atau “menjaga sesuatu”. Tetapi, perkataan “Tagal” sesuai untuk dengan pengawalan perairan. Ini bermakna “Tagal” ialah satu proses untuk menjaga ekosistem yang terdapat di sepanjang persekitaran sungai sesuatu kawasan. Pasti ada yang terfikir, kenapa bukan benda lain yang disesuaikan dengan “Tagal”?
Tagal Kg. Kilo. Ikan "lolopakon" (Bahasa Lebu)


“Tagal” sinonim dengan masyarakat tradisional yang mengamalkan pemujaan “semangat”.  “Tagal” mempunyai “semangat” atau “makhluk” yang menjaga ekosistem di sungai berkenaan. Dalam ahli masyarakat itu pasti ada yang pandai dengan mantera bacaan semasa melakukan proses “penagalan”. Menurut orang tua-tua, proses “penagalan” Tidak berkesan sekiranya individu yang diamanahkan untuk tidak berilmu atau “pegangan”.

Seperti juga dalam suatu majlis seperti majlis-majlis lain, “penagalan” mempunyai dua proses iaitu “pembukaan tagal” dan “penutupan tagal”. Dalam proses “pembukaan Tagal” adalah dilakukan sebelum penuaian hasil ikan dalam sungai tersebut. Difahamkan, sekiranya proses ini tidak dilakukan, maka akan berlakunya malapetaka semasa menuai dilakukan. Proses “penutupan Tagal” pula dijalankan selepas selesai menuai ikan. Proses ini perlu dijalankan agar “semangat” atau “makhluk ” menjaga sungai tersebut daripada diganggu oleh manusia.
Tagal Kg. Kilo. Pengerusi Tagal, En. Wilis Sanadon
mengagihkan tuaian hasil mengikut senarai nama.


Kesimpulannya, menurut pemerhatian penulis yang pernah terlibat serta dalam proses “penagalan”, “Tagal” bertujuan untuk memelihara ekosistem sungai daripada gangguan manusia yang tamak. Sungai ini bukan saja dapat dipelihara untuk generasi akan datang, malah hasil tuaian juga dapat diberikan sama rata kepada penduduk. Malah ada kampung yang menjual ikan daripada hasil tuaian tersebut. Penulis sendiri terlibat dengan penjualan hasil tuaian ikan di Kg. Kilo. Kalau penulis tidak silap, keuntungan yang diperoleh mencecah hampir Rm 2000. Duit ini pula digunakan untuk kemajuan “Tagal” kampung, seperti membeli baja, alat penangkap ikan, pembiayaan majlis, dan sebagainya.           

Tadika Kemas Kg. Kilo Dijangkakan Tahun Depan (2013)


Tadika Kemas Kg. Kilo Dijangkakan Tahun Depan (2013)

Pada 26 November 2012 (Isnin), Datuk Erlon Angin telah melawat ke Kg. Kilo untuk  menyampaikan bantuan dawai berduri kepada penduduk kempung berkenaan. 


Dalam pada itu, beliu juga menyatakan bahawa  

bangunan untuk Tadika Kemas di Kg. Kilo telahpun mendapat kelulusan daripada kerajaan. Menurut Datuk Erlon Angin, dijangkakan bahawa bulan march tahun 2013 akan dilaksanakan projek ini. 
  Datuk Ellron Angin Menyampaikan dawai berduri kepada 
                                      En. Mohd Hilmi Abdullah, Pengerusi JKKK kg. Kilo. 

Pengumuman ini di sambut baik oleh penduduk di kampung berkenaan. Ini adalah hadiah yang paling berharga buat penduduk berkenaan kerana memberi manfaat yang besar kepada masyarakat. Manfaat ini bukan sahaja dapat dinikmati oleh penduduk setempat tetapi juga semua penduduk yang berhampiran dapat menghantar anak-anak mereka untuk belajar.

Pembinaan bangunan tadika yang diuar-uarkan oleh Datuk Erlon Angin merupakan satu kejayaan besar bagi masyarakat kampung Kilo ini. Seharusnya penghargaan yang tidak terhingga juga diucapkan kepada Pengerusi JKKK Kampung Kilo, iaitu En. Mohd Hilmi Abdullah kerana bekerja keras dalam menguruskan segala hal ehwal kebajikan kampung ini.


Selain daripada sumbangan besar tersebut, penduduk kampung Kilo juga telah menerima bantuan zink baru-baru ini. sumbangan ini di sampaikan oleh Tan Seri Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia bersempena dengan Majlis Hari Raya Bersama Pemimpin di Balai Raya Kampung Kilo. Menurut sumber, sumbangan zink tersebut adalah diagihkan kepada 37 buah rumah penduduk di Kampung Kilo ini. 


 Tan Seri Joseph Kurup merasmikan Majlis Hari Raya Pemimpin 
                                  Bersama Rakyat di Kg. Kilo.

Pengerusi JKKK Kampung Kilo mewakili masyarakat berkenaan mengucapkan setinggi terima kasih atas sumbangan ini. Menurut beliau, sumbangan dan budi baik kerajaan akan menjadi ingatan masyarakat di sini dan menyuarakan bahawa masyarakat di  sini akan menyokong kerajaan Barisan Nasional.


-Bernama Kilo-