Ahad, 2 Disember 2012

Baju Lebu: Perkahwinan


Runat soh pinosondingan mu                                                                                                                                           


Rongau ku poh senggiak adi
Pinoyungan so bunga manggar
Selooi winoi kusoi adi
Linimbayan koh soh papauah

Komoyah nu agung anoh
Komoyah nu kulintanggon noh
Obotik penakayan mu adi  
Pinakayan koh soh baju lebu

Opasau koh sioh kebiri’an
Inong-inong koh woinoi kayangan
Komoyah nu runsai noh  
Poh ramai yak sekauh

Pinutaid Kauh longon
Meh milin-milin sekauh

Runat soh pinosondingan mu            
Okon koh da’a minontok aku
Cukup o sakit nu inawo ku
Kinoompusan nu janji palsu mu

Gaih’ah nu meganak mu
Aido paduli-paduli saku
Ucapan ku sekau adi
Selamat pengantin baru
Semoga bahagia
Hingga ke anak cucu.


Pernahkah saudara mendengar lagu ini? kalau pernah, siapa? Biasanya kita akan meminati lagu berdasarkan rentak muzik. Tapi adakah kita sedar setiap seni kata lagu itu mempunyai keunikannya. Penulis teringat lagu-lagu Saudara Matius Angot, ketika itu penulis masih mentah. Penulis hanya meminati mendengar irama lagu beliau, tetapi tidak pula ambil kesah dengan lirik lagu itu. Sebenarnya lirik lagu-lagu beliau merupakan tanggapan-tanggapan melalui kebudayaan Lebu.

                           Kepelbagaian Baju Lebu: By A'man Photography

“inong aku ah lelaing, pinonsuaan mu tukad”

Penulis masih ingat-ingat lupa lagu beliau. Apa kaitan lirik lagu beliau dengan masyarakat kita? Pengalaman penulis suatu dulu, kalau tidak silap sekitar tahun 1997-2000 (masih sekolah rendah), di “lengkauh” atau sulap kami terdapat tangga (tukad) yang boleh dialihkan. Biasanya pada hari ini, kebanyakan rumah mempunyai tangga yang kukuh. Maknanya budaya kita dahulu, mempunyai tangga rumah yang “fleksibel”. Cuba fikirkan sejenak? Bagaimana dengan situasi sekarang, bolehkah kita kasih “pansuh tukad” rumah kita sekarang? Apa lagi rumah bata yang lebih kukuh.



Tapi bukan tangga rumah yang penulis ingin sampaikan pada kali ini. Penulis ingin berkongsi dengan lirik lagu Asmin Peyong. Saudara kenal artis ini? Cari dalam Yutube. Cuba amati tajuk lirik ini “Runat soh pinosondingan mu”. Melalui tajuk sudah kita dapat mengetahui mesej yang disampaikan dalam lagu ini. Mesej yang disampaikan ialah situasi semasa perkahwinan.

Apa yang menjadi fokus utama penulis ialah perjalanan majlis perkahwinan masyarakat lebu. Apakah dilakukan semasa dalam perkahwinan suatu ketika dahulu dan bandingkan dengan sekarang.
1.       Terdapatnya bunga manggar. Bunga manggar jenis apa? Cari sendiri…
2.       Nyanyian “papauah”. Renungkan masih ada papauah sekarang? Apa maksud nyanyian ini?
3.       Bunyi “agung” dan “kulintangon” berkumandang. Kini, Band yang berkumandang.
4.       Pakaian pengantin “baju lebu”. Anda masih ada baju lebu?
5.       “Pinutaid kauh longon meh milin-milin sekauh”. Apa maksud ini? Kalau bagi penulis, dulu tiada cincin untuk disarungkan. Inilah situasi yang digunakan, iaitu pertemuan tangan antara lelaki dan perempuan menandakan mereka bersatu dalam satu keluarga dan ketua adat pada waktu itu memberikan pesanan agar pengantin bahagia sepanjang hayat. Apa bezanya dengan sekarang? Cincin yang mempersatukan pengantin. bukan?
Adik Penulis Sebagai Model Baju Lebu. By A'man Photography 

Entri untuk kali ini, penulis utarakan beberapa keunikan kebudayaan Dusun Lebu. penulis ingin sampaikan bahawa kalau hendak melihat budaya masyarakat itu, kita boleh lihat daripada lirik-lirik lagu yang dicipta. Atau dengan bantuan orang-orang tua, lagi berpengalaman, memandangkan kita tiada rujukan khusus berbentuk tulisan berkenaan dengan kebudayaan ini. 

Jumaat, 30 November 2012

Kg. Kilo: "Tagal"


Kg. Kilo: "Tagal"

Kg. Kilo: Sebut sahaja “Tagal” pasti dalam benak fikiran masyarakat ini ialah “ikan” dan “sungai”. Apabila tiba musim menuai pasti ramai penduduk yang melibatkan diri tidak kira tua atau muda. Mereka tidak mahu ketinggalan untuk melihat kemeriahan menangkap ikan. Ada yang “merambat”, “memanah”, “memukat” dan lain-lain asalkan cara yang di gunakan itu dapat menangkap ikat dan tidak menyebabkan kepupusan populasi ini.

Tagal Kg. Kilo. Antara penduduk yang hadir.

Apakah sebenarnya yang terlintas dalam fikiran masyarakat ini tentang “Tagal”? Dahulu kala, penduduk bebas mencari rezeki di sungai. Kadang-kadang ada penduduk yang senang dengan kehidupan dahulu kala yang masih bebas untuk melakukan aktiviti di sungai seperti memancing, “meniud”, “merambat” dan sebagainya.

Sebenarnya, “Tagal”  wujud dalam kata “aido mengawol” atau “tidak memancing”.  Dalam Bahasa Dusun Lebu pula, “tagal” ialah suatu prose “mengawal” atau “menjaga sesuatu”. Tetapi, perkataan “Tagal” sesuai untuk dengan pengawalan perairan. Ini bermakna “Tagal” ialah satu proses untuk menjaga ekosistem yang terdapat di sepanjang persekitaran sungai sesuatu kawasan. Pasti ada yang terfikir, kenapa bukan benda lain yang disesuaikan dengan “Tagal”?
Tagal Kg. Kilo. Ikan "lolopakon" (Bahasa Lebu)


“Tagal” sinonim dengan masyarakat tradisional yang mengamalkan pemujaan “semangat”.  “Tagal” mempunyai “semangat” atau “makhluk” yang menjaga ekosistem di sungai berkenaan. Dalam ahli masyarakat itu pasti ada yang pandai dengan mantera bacaan semasa melakukan proses “penagalan”. Menurut orang tua-tua, proses “penagalan” Tidak berkesan sekiranya individu yang diamanahkan untuk tidak berilmu atau “pegangan”.

Seperti juga dalam suatu majlis seperti majlis-majlis lain, “penagalan” mempunyai dua proses iaitu “pembukaan tagal” dan “penutupan tagal”. Dalam proses “pembukaan Tagal” adalah dilakukan sebelum penuaian hasil ikan dalam sungai tersebut. Difahamkan, sekiranya proses ini tidak dilakukan, maka akan berlakunya malapetaka semasa menuai dilakukan. Proses “penutupan Tagal” pula dijalankan selepas selesai menuai ikan. Proses ini perlu dijalankan agar “semangat” atau “makhluk ” menjaga sungai tersebut daripada diganggu oleh manusia.
Tagal Kg. Kilo. Pengerusi Tagal, En. Wilis Sanadon
mengagihkan tuaian hasil mengikut senarai nama.


Kesimpulannya, menurut pemerhatian penulis yang pernah terlibat serta dalam proses “penagalan”, “Tagal” bertujuan untuk memelihara ekosistem sungai daripada gangguan manusia yang tamak. Sungai ini bukan saja dapat dipelihara untuk generasi akan datang, malah hasil tuaian juga dapat diberikan sama rata kepada penduduk. Malah ada kampung yang menjual ikan daripada hasil tuaian tersebut. Penulis sendiri terlibat dengan penjualan hasil tuaian ikan di Kg. Kilo. Kalau penulis tidak silap, keuntungan yang diperoleh mencecah hampir Rm 2000. Duit ini pula digunakan untuk kemajuan “Tagal” kampung, seperti membeli baja, alat penangkap ikan, pembiayaan majlis, dan sebagainya.           

Tadika Kemas Kg. Kilo Dijangkakan Tahun Depan (2013)


Tadika Kemas Kg. Kilo Dijangkakan Tahun Depan (2013)

Pada 26 November 2012 (Isnin), Datuk Erlon Angin telah melawat ke Kg. Kilo untuk  menyampaikan bantuan dawai berduri kepada penduduk kempung berkenaan. 


Dalam pada itu, beliu juga menyatakan bahawa  

bangunan untuk Tadika Kemas di Kg. Kilo telahpun mendapat kelulusan daripada kerajaan. Menurut Datuk Erlon Angin, dijangkakan bahawa bulan march tahun 2013 akan dilaksanakan projek ini. 
  Datuk Ellron Angin Menyampaikan dawai berduri kepada 
                                      En. Mohd Hilmi Abdullah, Pengerusi JKKK kg. Kilo. 

Pengumuman ini di sambut baik oleh penduduk di kampung berkenaan. Ini adalah hadiah yang paling berharga buat penduduk berkenaan kerana memberi manfaat yang besar kepada masyarakat. Manfaat ini bukan sahaja dapat dinikmati oleh penduduk setempat tetapi juga semua penduduk yang berhampiran dapat menghantar anak-anak mereka untuk belajar.

Pembinaan bangunan tadika yang diuar-uarkan oleh Datuk Erlon Angin merupakan satu kejayaan besar bagi masyarakat kampung Kilo ini. Seharusnya penghargaan yang tidak terhingga juga diucapkan kepada Pengerusi JKKK Kampung Kilo, iaitu En. Mohd Hilmi Abdullah kerana bekerja keras dalam menguruskan segala hal ehwal kebajikan kampung ini.


Selain daripada sumbangan besar tersebut, penduduk kampung Kilo juga telah menerima bantuan zink baru-baru ini. sumbangan ini di sampaikan oleh Tan Seri Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia bersempena dengan Majlis Hari Raya Bersama Pemimpin di Balai Raya Kampung Kilo. Menurut sumber, sumbangan zink tersebut adalah diagihkan kepada 37 buah rumah penduduk di Kampung Kilo ini. 


 Tan Seri Joseph Kurup merasmikan Majlis Hari Raya Pemimpin 
                                  Bersama Rakyat di Kg. Kilo.

Pengerusi JKKK Kampung Kilo mewakili masyarakat berkenaan mengucapkan setinggi terima kasih atas sumbangan ini. Menurut beliau, sumbangan dan budi baik kerajaan akan menjadi ingatan masyarakat di sini dan menyuarakan bahawa masyarakat di  sini akan menyokong kerajaan Barisan Nasional.


-Bernama Kilo-