Pembangunan Masyarakat Luar Bandar
Pembagunan
luar bandar adalah bertujuan untuk membawa masyarakat luar Bandar yang masih
ketinggalan di kampung-kampung ke dalam arus pembangunan perdana bagi meningkatkan
lagi kualiti hidup mereka. Matlamatnya ialah untuk memastikan perancangan
pembangunan luar bandar masih relevan dan sejajar dengan matlamat wawasan 2020.
Seperti yang terkandung dalam dasar transformasi yang dibawa oleh Perdana
Menteri Malaysia, rakyat perlu bersifat dinamik dan mampan agar berupaya menghadapi
cabaran-cabaran masa hadapan dan mencapai status ekonomi yang setaraf dengan
peringkat nasional. Amnya, pembangunan ialah proses perubahan dari peringkat
kurang maju kepada peringkat yang lebih maju yang menjerus kepada
kesejahteraan, kebahagiaan, kemakmuran dan kebebasan sama ada dalam aspek
pemikiran manusia ataupun aspek fizikal atau persekitaran. Sementara kehidupan
luar bandar pula selalu dikaitkan dengan kehidupan yang tidak maju, taraf
pendidikan yang rendah, penglibatan masyarakat dalam arus pembangunan utama
yang terhad, potensi maju ayng meragukan, dan berbagai-bagai sifat kemunduran.
Bagi
meningkatkan keterlibatan masyarakat luar bandar dalam arus pembangunan,
perlulah memberikan penekanan kepada transformasi pendidikan sebagai keutamaan
untuk menjana modal insan dalam kalangan masyarakat luar bandar. Pelbagai insiatif yang dilaksanakan oleh
kerajaan seperti program Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM),
memperluas dan memantapkan pendidikan prasekolah, dan meningkatkan kadar literasi
dan numerasi (LINUS). Namun masih terdapat perbezaan ketara antara sekloah di
luar bandar dan bandar, terutamanya dari segi fasilitinya. Ini saya lihat
sendiri apa yang berlaku di Sekolah Kebangsaan Lubang Buaya, beluran Sabah yang
masih ketinggalan dari segi pembangunan fasiliti seperti kekurangan bilik darjah serta rumah guru. Selain
itu, pelajar luar bandar juga menghadapi masalah seperti kadar ketersampaian
yang rendah. Ini disebabkan jarak yang jauh antara penempatan rumah kediaman
dengan sekolah-sekolah begitu besar. Sebagai contohnya kebanyakan pelajar dari
SK Lubang Buaya menggunakan khidmat bot untuk ke sekolah. Jika berlaku bajir
atau air cetek ia akan menjejaskan kehadiran pelajar. Dsamping itu, menggunakan
bot untuk ke sekolah juga mengambil masa beberapa jam untuk sampai ke sekolah.
Pelajar-pelajar ini terpaksa bangun dengan lebih awal untuk membuat persiapan
ke sekolah bagi mendapatkan ilmu pengetahuan. Untuk mengatasi masalah-masalah
tersebut kerajaan perlu melancarkan
beberapa program untuk memajukan pendidikan di luar bandar selaras dengan
pembangunan Negara. Pembinaan modal insan daripada aras inilah perlu
dititikberatkan agar mereka menjadi pemangkin dan contoh kepada masyarakat luar
Bandar.
Aktiviti
tani juga merupakan salah satu kaedah untuk meningkatkan pembangunan masyarakat
luar Bandar. Ini kerana bidang pertanian merupakan aktiviti yang paling dekat
dengan masyarakat luar bandar kerana di kawasan inilah terdapat banyak sumber aset
semula jadi yang tidak diterokai. Namun begitu, masalah yang ketara yang dapat
dilihat dalam memajukan masyarakat luar
bandar ialah kekurangan tenaga buruh dalam dalam sektor berkaitan. Yang paling
jelas dapat dilihat dalam sektor pertanian adalah ramai diusahakan oleh golongan tua berbanding
dengan golongan muda. Golongan muda mengagggap kegiatan pertanian adalah
kegiatan yang memenatkan, banyak menggunakan kerahan tenaga, dan berada
dijemuran matahari serta mendapat peluang yang sedikit. Selain itu, mereka juga kekurangan modal dan
teknologi yang membantutkan pembangunan kegiatan pertanian. Oleh sebab itu
pembangunan kegiatan pertanian hanya tertumpu
kepada pertanian sara diri iaitu hasil pertanian hanya digunakan untuk
keperluan keluarga sahaja. Kebanyakkan masyarakat luar bandar mengamalkan
aktiviti pertanian secara pindah yang menyebabkan tanah menjadi gersang dan
tidak subur. Penyemburan racun serangga dan kaedah tebang bakar hutan yang
digunakan oleh petani luar bandar juga menyebabkan berlakunya pencamaran di
kawasan luar bandar. Ini akan menyebabkan masyarakat luar bandar terdorong
mendapat pelbagai penyakit.
Secara
umumnya, pihak kerajaan perlu merancang lebih teliti dan melakukan
kajian-kajian terhadap pembangunan masyarakat luar bandar dipergiatkan bagi
meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup penduduk luar bandar. Bagi meningkatkan
pendapatan kualiti hidup, masyarakat luar bandar juga perlu membangun dari
segenap bidang yang diceburi. Contohnya dalam bidang pendidikan, mereka perlu
standing dengan masyarakat bandar supaya jurang ketidaksamaan dapat
dikurangkan. Oleh itu, semua pihak sama ada kerajaan ataupun penduduk kuar
bandar perlu melakukan perubahan yang positif agar masyarakat luar bandar tidak
dianggap golonggan yang pasif. Kerjasama antara semua pihak juga penting agar
pembangunan dapat dijalankan tanpa sebarang masalah dan pembangunan yang
dilakukan adalah secara berterusan.